Asmuni tinjau keperluan baik pulih dewan KRT Medan Klebang Prima

Asmuni tinjau keperluan baik pulih dewan KRT Medan Klebang Prima

 

Asmuni tinjau keperluan baik pulih dewan KRT Medan Klebang Prima

Selepas menghadiri majlis penyampaian kotak makanan pagi ini, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak bagi DUN Manjoi, Dato’ Asmuni Awi, telah mengadakan lawatan ke Dewan KRT Medan Klebang Prima bagi meninjau keadaan kemudahan awam yang digunakan oleh penduduk setempat untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Dalam lawatan tersebut, Dato’ Asmuni dimaklumkan oleh Pengerusi KRT, En Kusaini, berkenaan beberapa keperluan mendesak melibatkan baik pulih dan penyelenggaraan dewan, termasuk aspek keselamatan dan kemudahan asas.

“Saya ambil maklum isu-isu yang dibangkitkan, dan Insha’Allah, saya akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat bersama agensi-agensi berkaitan yang telah saya rancang dalam masa terdekat,” ujar beliau.

Beliau turut menegaskan komitmennya untuk memastikan kemudahan komuniti di DUN Manjoi sentiasa berada dalam keadaan baik agar terus dapat dimanfaatkan oleh penduduk untuk pelbagai program pembangunan sosial dan perpaduan masyarakat.