Lelaki sanggup terbang dari Singapura ke KL demi nasi lemak

Lelaki sanggup terbang dari Singapura ke KL demi nasi lemak
Cinta terhadap makanan boleh membuatkan seseorang untuk melakukan hal yang luar biasa. Seorang lelaki sanggup terbang dari Singapura ke Kuala Lumpur hanya untuk memakan nasi lemak.
Lelaki yang dikenali sebagai Darshen itu berkongsi perjalanannya menerusi laman TikTok dimana beliau sanggup menaiki kapal terbang hanya untuk memuaskan craving terhadap nasi lemak.
Darshen memulakan perjalanan dengan berkata betapa “tidak adil” Malaysia untuk “memiliki nasi lemak yang lebih baik” dimana dia terbang ke KL bersama seorang rakan pada jam 6 pagi.
Sebaik mendarat di Kuala Lumpur, Darshen dan rakannya kemudian pergi ke Restoran Village Park yang terkenal dengan nasi lemaknya yang lazat.
Menurut perkongsian Darshen bersama WeirdKaya, kali pertama dia singgah ke restoran itu adalah pada Oktober 2023, di mana dia langsung jatuh cinta dengannya.
“Sejujurnya ia adalah nasi lemak terbaik yang pernah saya makan dalam hidup saya jadi saya rasa saya merinduinya (semasa saya meninggalkan KL),” katanya.
Menurut Darshen lagi, beliau bercadang untuk datang lagi ke Kuala Lumpur dan mencuba nasi lemak dari restoran yang berlainan.
Perbezaan antara makanan dari Malaysia dan Singapura amat jelas meskipun dua negara ini mempunyai sajian yang hampir sama.
Yang menjadi perbezaan ialah dari segi rasa yang mana ramai berpendapat makanan Malaysia jauh lebih kaya dengan rasa berbanding makanan dari negara jiran selain harganya yang lebih murah.