“Demi konten sanggup canang aib” – Buka pekung pernah main judi, netizen tegur Shuib

“Demi konten sanggup canang aib” – Buka pekung pernah main judi, netizen tegur Shuib

 

Tindakan usahawan dan pelawak, Shuib yang mengaku pernah terlibat dalam permainan judi sewaktu muda telah mendapat kritikan serta teguran daripada orang ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, individu tersebut berpendapat Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad tidak sepatutnya mendedahkan perkara yang dianggap aib tersebut kepada umum.

Pada awalnya, individu tersebut menyifatkan perkongsian tersebut hanyalah gurauan semata-mata namun, tidak menyangka perkara tersebut benar dilakukan oleh pelawak yang berusia 40 tahun itu.

“Elok-elok orang ramai tak tahu, sekarang dah tahu yang dia pernah “main mesin”.

“Ingatkan benda tu dia saja je buat lawak dulu, rupanya benda betul. sepatutnya benda-benda aib ni tak perlu nak diceritakan atau dikongsikan pun, lagi-lagi secara public macam ni,” tegur individu tersebut.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Shuib yang seakan bangga menceritakan kisah lampaunya yang sepatutnya dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, ada juga netizen memberi cadangan dan menegur agar Shuib menyajikan kandungan podcast yang berkualiti dan mampu memberi impak positif kepada orang ramai.

Terdahulu, Shuib mendedahkan dia pernah main judi ketika sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie.

Netizen tegur Shuib