“Bertunang dalam tempoh iddah” – Iqbal Zulkefli hilang sabar, dedah perangai buruk bekas adik ipar

“Bertunang dalam tempoh iddah” – Iqbal Zulkefli hilang sabar, dedah perangai buruk bekas adik ipar

 

Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli hilang sabar selepas bertahun memendam dan berdiam diri disaat menerima cemuhan oleh bekas adik iparnya, Anes Ayunie yang merupakan pengasas Vitamilk.

Susulan itu, usahawan berusia 29 tahun itu bertegas dan mengambil tindakan undang-undang atas dakwaan memburukkan namanya di media sosial.

“Berbulan-bulan saya tak pernah bersuara tapi kali ini saya buka mulut sebab nama saya dipetik berkali-kali.

“Demi Allah, saya ada semua bukti dan boleh tunjuk pada satu Malaysia tapi saya mahu jaga aib, saya diamkan diri.

“Saya akan failkan saman kerana memburukkan nama saya dan keluarga di media sosial,” katanya.

Dakwa Iqbal lagi, bekas adik iparnya itu bukan sahaja menipu, malah berlaku curang ketika masih bergelar isteri kepada adiknya, Ahmad Weldan Zulkefli.

“Dia pindah nama dan saham syarikat daripada Weldan dengan cara menipu. Bayangkan, pandai dan liciknya dia malah menuduh adik saya curang, padahal dia melakukan perkara serupa.

“Disebabkan itu, Weldan juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya,” katanya lagi.

Mengulas mengenai hantarannya di media sosial tentang hukum seorang wanita melangsungkan pertunangan ketika tempoh idah, Iqbal tanpa berselindung mengaku ia ditujukan kepada bekas adik iparnya itu.

Dakwanya, dia mempunyai semua bukti wanita itu bertunang ketika dalam idah sebelum melangsungkan perkahwinan selepas dua hari tempoih idah itu tamat.

“Saya ada bukti tentang perbuatannya sampailah dia berkahwin selepas dua hari tamat tempoh idah.

“Bertunang pula ketika dalam idah, apa hukum perkara itu?” ujarnya.

Iqbal Zulkefli dalam hantaran di Instagram Story berkata, dia kini tidak boleh berdiam diri lagi akan sikap yang ditunjukkan oleh bekas adik iparnya.

Sekadar info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 29 Februari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia setahun.

Sebelum ini, media melaporkan bekas adik ipar Iqbal Zulkefli mendirikan rumah tangga lagi dengan jejaka pilihan hatinya, Amirul Hakim.