Netizen puji Datuk Vida cantik bertudung bawal, nampak macam Anzalna

Netizen puji Datuk Vida cantik bertudung bawal, nampak macam Anzalna

 

Netizen puji Datuk Vida cantik bertudung bawal, nampak macam Anzalna

Umum mengetahui, kebiasaannya netizen sering menyamakan wajah usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dengan penyanyi Iman Troye.

Bagaimanapun, kali ini ada yang mengatakan Vida persis pelakon jelita Anzalna Nasir apabila memuat naik video mengenakan tudung jenis bawal.

@datoserividaofficial

Excited nak pergi Brunei esok! Tolong pilih saya patut pakai tudung color orange atau purple? Tudung ni pun saya ada bawak esok ke brunei, berminat boleh grab esok! 😍 #datosrivida #quputehbarulahputeh #foryou #fyp @DSV TUDUNG EXCLUSIVE @Tudung Pappilon by DSV @tudungpappilondsv_hq

♬ Renjana Pengantin Diraja 2024 – BruneiRroyals🇧🇳

Menerusi video dikongsikan, Vida dilihat menggayakan  pelbagai warna tudung dengan gaya yang berbeza dari kebiasaannya menjadi perhatian ramai.

Tidak kurang juga, ramai yang memuji Vida kelihatan cantik dan muda memakai tudung jenis itu serta dilihat lebih sesuai dengan wajahnya.