Lengkap ciri keselamatan yang diiktiraf MIROS, ini senarai terkini ‘dashcam’ terbaik
Lengkap ciri keselamatan yang diiktiraf MIROS, ini senarai terkini ‘dashcam’ terbaik
Pada saban hari, kita melihat sejumlah berita kemalangan di jalan raya dan ada yang berjaya dirakam dengan dashcam kereta. Memiliki dashcam sudah menjadi perkara wajib kerana boleh dijadikan bukti juga.
Baru-baru ini, Malaysia Institute of Road Safety Research (MIROS) telah mengemas kini senarai dashcam terbaik yang berada di dalam pasaran serta lengkap ciri keselamatannya.
Senarai ini telah dikemas kini pada tarikh 19 Disember 2024 lalu yang mana sudah merangkumi secara keseluruhan dari tahun 2022 sehingga 2024
Untuk makluman, MIROS dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia telah membangunkan program penarafan bintang yang dinamakan sebagai CAMSCORE.
Program CAMSCORE menjalankan penarafan bintang untuk produk kamera papan pemuka (dashcam) yang dijual di Malaysia. Dengan kehadiran senarai ini, ia bakal menjadi rujukan buat pengguna mencari dashcam yang berkualiti serta miliki ciri keselamatan terkini bagi memastikan setiap pembelian adalah berbaloi.
Ini senarai dascham terbaik lengkap ciri keselamatan yang diiktiraf MIROS:-
Boleh dilihat jenama terkemuka seperti 70mai, Ddpai serta Azdome mengungguli senarai dashcam terbaik untuk tahun 2024.
Ada sebahagian model tampak lebih mahal kerana ciri tambahan yang ditawarkan, tetapi cukup memadai hadir dengan kamera berkualiti sudah bagus untuk dipilih jika bajet anda terhad.
Tahukah anda betapa pentingnya memiliki dashcam yang berkualiti di dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi yang menaiki kenderaan peribadi ke tempat kerja masing-masing?
Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa diduga dan dengan adanya dashcam berkualiti dapat merakam keadaan sebenar kemalangan dengan jelas. Kemudian, anda boleh membuat tuntutan insuran dengan mudah kerana mudah menentukan siapa yang bersalah di dalam sesebuah insiden.
Sebarang pemanduan merbahaya yang dilakukan oleh sesetengah individu di jalan raya boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa jika anda mempunyai rakaman yang berkualiti.
Demi meraih wang dengan mudah, sebahagian individu sanggup melakukan apa sahaja termasuklah mereka cerita dilanggar untuk mendapatkan tuntutan wang insuran daripada anda. Dengan dashcam, anda boleh menepis cubaan penipuan kemalangan apabila berdepan situasi tersebut pada suatu masa kelak.
Kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang mengetahui model-model dashcam terbaik yang diiktiraf oleh MIROS setakat tahun 2024.