“Saya dah tutup mata jenazah tapi terbuka balik & terbeliak” – Doktor ‘diganggu’ ketika proses awet mayat

“Saya dah tutup mata jenazah tapi terbuka balik & terbeliak” – Doktor ‘diganggu’ ketika proses awet mayat

 

“Saya dah tutup mata jenazah tapi terbuka balik & terbeliak” – Doktor ‘diganggu’ ketika proses awet mayat

Seorang juruawet jenazah berkongsi kisah seram ketika melakukan proses mengawet mayat sama ada untuk diterbangkan pulang ke negara asal atau pengebumian.

Wanita yang dikenali Zainab Ash Shughra Amer itu menceritakan salah satu daripada pengalaman seram yang pernah dia lalui menerusi podcast Sembang Seram.

Menurut Zai atau lebih mesra dikenali Zai, antara yang paling seram adalah apabila mata jenazah yang dikendalikannya tidak mahu ditutup.

Ketika itu doktor (yang bertanggungjawab) sangat sibuk dengan kes berkaitan polis.

Jadi doktor itu kata ‘paru-paru letak tepi, usus boleh letak balik (dalam badan) tapi mata dia nanti saya datang ambil, selesaikan dahulu sebab saya ada nak uruskan benda lain’.

Saya pun ikut arahan dan selesaikan awet mayat macam biasa, tapi saya rasa ketika saya mengawet itu, dapat rasa macam ada orang perhatikan.

Rupa-rupanya bila saya pusing, mata dia (mayat) terbuka, tetapi saya dah tutupkan mata mayat tu. Bila kita buka beg badan, kita kena tutup mata mayat.

Menceritakan kembali, Zai yang juga merupakan Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah di Singapura berkata pada awalnya dia tidak berfikir tentang perkara buruk.

Saya dah tutupkan mata mayat itu sebelum mengawet. Tetapi tidak mengapalah, kemudian saya pergi dekat mayat itu dan tutup semula dan sambung buat kerja.

Tetapi bila saya pandang semula mata dia terbuka lagi dan saya dah rasa lain. Saya tahu itu gangguan.

Saya cakap dalam hati, ‘kali ini kalau saya tutupkan mata dia semula dan mata dia masih terbuka, saya lari’.

Wanita berusia 40 tahun itu juga berkata ketika kejadian, mata jenazah itu dilihat terbuka secara paksaan.

Yang lebih menarik, Zai berkata perkara itu berlaku pada waktu siang dan bukannya malam seperti kisah seram yang lain.

Mata dia terbuka bukan macam mata biasa, mata dia terbeliak. Rupa dia pun nampak restless jadi ada perasaan yang saya rasa ‘dia’ tidak tenang.

Jadi, saya tutupkan mata kali kedua dan saya sambung jahit. Kadang-kadang benang tidak sesuai jadi saya tukar benang dan pada waktu itu saya sangat sibuk.

Tapi saya sempat periksa mata dia, dan masih terbuka lagi. Memang itu gangguan dan ia berlaku pada waktu siang.