“Kami cuma berkawan, tak pernah bercinta” – Emma jawab dakwaan sudah berkahwin dengan DJ Kidd

“Kami cuma berkawan, tak pernah bercinta” – Emma jawab dakwaan sudah berkahwin dengan DJ Kidd

 

“Kami cuma berkawan, tak pernah bercinta” – Emma jawab dakwaan sudah berkahwin dengan DJ Kidd

Lama mendiamkan diri, akhirnya pelakon Emma Maembong tampil menjawab dakwaan dia sudah bergelar isteri kepada seorang deejay kelab malam dikenali sebagai DJ Kidd.

Menafikan gosip itu, Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 33, menegaskan dia masih belum berkahwin dan tiada hubungan istimewa dengan lelaki berkenaan.

“Lagi saya diam dan lari, ada pula yang ingat saya dah kahwin… Sebenarnya saya belum berkahwin dan masih solo.

“Bila saya tahu fasal gosip saya dah berumah tangga ni pun mulanya saya tak nak layan sampai isu ni hilang sendiri, rupanya gosip tu masih datang sehingga ada yang ingat saya isteri orang,” katanya kepada mStar.

Emma berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi fotografi dan majlis berbuka puasa Star Powerhouse di Hotel St Giles Boulevard, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Mengakui mengenali DJ Kidd, Erma bagaimanapun memberitahu dia dan lelaki itu sama sekali tidak pernah bercinta.

Namun mereka masih berkawan dan berhubung sebagai sahabat.

“Ya saya memang kenal dia, kami cuma berkawan dan tidak pernah bercinta.

“Dia seorang pembantu peribadi kepada kenalan saya di set penggambaran, saya bukan kenal dia sebagai deejay.

“Malah kami masih berhubung sebab saya tak pernah bermusuh dengan sesiapa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Emma turut menyangkal dakwaan DJ Kidd adalah punca dia bercerai dengan bekas suami iaitu Muhammad Shazli Azhar tahun lalu.

Kata Emma tiada sesiapa menjadi punca penceraian mereka.

“Tidak! Tiada siapa punca saya bercerai. Bagi saya buku yang sudah ditutup kenapa nak kena buka balik?

“Saya selalu kata apa-apa yang jahat salahkan sahaja saya dan bukan orang di sekeliling saya,” ujarnya.

Sebelum ini, timbul gosip mengatakan Emma sudah berkahwin dengan seorang deejay dikenali sebagai DJ Kidd.

Malah Emma dan lelaki berkenaan turut didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan gambar tular di media sosial.

Pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan dia dan suami iaitu Muhammad Shazli Azhar sudah pun bercerai secara baik.

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun.