“Ni video happy tau asal aku nangis” – Gelagat cucu ikut atok jalan-jalan raih perhatian

“Ni video happy tau asal aku nangis” – Gelagat cucu ikut atok jalan-jalan raih perhatian

 

“Ni video happy tau asal aku nangis” – Gelagat cucu ikut atok jalan-jalan raih perhatian.

Kehidupan warga emas di kampung, hanya berdua bersama pasangan sedikit sebanyak mengundang rasa sunyi apabila anak-anak sudah berhijrah ke tempat orang.

Jika sebelumnya, kepulangan anak dari sekolah, asrama mahupun lawatan belajar disambut dengan penuh gembira, kini kepulangan cucu ke kampung pula yang dinanti.

Kehadiran cucu membawa seribu kebahagiaan buat datuk dan nenek, mengisi rasa sunyi.

Tidak cukup dengan hidangan air tangan nenek, ke mana sahaja datuk pergi, pasti ingin dibawa sekali.

Bukan itu sahaja, melihat datuk yang ingin keluar ke kedai atau juga ke kebun, pasti membuatkan cucu teruja dan ingin ikut bersama.

Seorang pengguna TikTok, Liyana, berkongsi video kenang-kenangan anak sulungnya yang kelihatan begitu gembira dapat mengikut datuknya ke pasar.

“Amboi, bahagianya ikut atok jalan-jalan pergi pasar sambil mencanai,” kongsinya.

Menerusi video perkongsiannya, kedua pasangan datuk dan cucu kelihatan tersenyum lebar di pagi hari.

Setelah dipakaikan datuknya topi keledar, kedua mereka menaiki motosikal sambil dirakam Liyana. Gelagat cucu yang memeluk datuk sehingga ke ketiak mengundang tawa.

“Jangan geletek atok,” pesannya sambil tertawa geli hati.

Video kenangan itu diakhiri dengan rakaman yang dihantar oleh datuk kepada Liyana ketika kedua mereka bersarapan di sebuah kedai makan.

Menurut Liyana, perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan bagi anak sulungnya.

“Memang kebiasaan akan ikut atok atau neneknya pergi mana-mana, macam beli sarapan di tempat berdekatan guna motor,” ujarnya.

Gelagat kedua-dua pasangan datuk dan cucu ini mendapat pelbagai reaksi warga maya. Rata-rata terharu melihat datuk yang menggagahkan diri demi cucu.

“Tu atok tu bukan gagah sangat tu. Kerana cucu, apa pun boleh. Itulah atok,” kata seorang warga maya.

“Atok walaupun tak berapa nak kuat, dia suka melayan cucu,” ujar seorang lagi.

Dalam pada itu, ada juga warga maya yang turut terimbau kenangan bersama datuk masing-masing.

“Aduh, teringat pula kat atok budak-budak ni. Masa sihatnya dulu, sebelum pakai kerusi rosa, selalu la bawa Fawwaz pergi gunting rambut kalau balik kampung,” imbau seorang warga maya.

“Hmm sedihnya. Teringat dekat arwah tok aki dan arwah tokbak,” ujar seorang lagi.

“Kenangan ni yang saya rindukan. 10 tahun dah atok pergi. Semoga dipanjangkan umur dan sihat selalu, pak cik,” kata seorang warga maya.

@liyanaonley

Amboi.. bahagiaaanya ikut atok jenjalan g paso sambil mencanaiii… #fyp #familybonding #cucuatok #kesayangan #syurgaku #love #enjoy #moment

♬ original sound – DNP – DNP