“Daripada jadi content creator memalukan negara, lebih baik kerja guard” – Zukie

“Daripada jadi content creator memalukan negara, lebih baik kerja guard” – Zukie

 

“Daripada jadi content creator memalukan negara, lebih baik kerja guard” – Zukie

Pempengaruh media sosial, Zukie Mohamad mengambil pendekatan berbeza sepanjang bulan Ramadan dengan melakukan kerja sambilan sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di Shah Alam.

Menerusi video yang dikongsikan, Zukie memberitahu bahawa keputusan itu dibuat kerana tawaran kerja sebagai content creator agak berkurangan pada bulan puasa selain enggan duduk diam tanpa melakukan sebarang pekerjaan.

Bulan puasa memang saya buat kerja sambilan sebab job tak ada bulan Ramadan. Siapa yang ada nak panggil atau bagi saya job, boleh lah.

Saya jadi pengawal keselamatan dekat kilang di kawasan Shah Alam. Gaji diorang bagi RM1,700 tapi ada elaun.

Daripada tak ada buat apa-apa, lagi baik saya kerja. Saya cari rezeki halal.

Tambahnya lagi, bekerja sebagai pengawal keselamatan bukan sahaja memberi sumber pendapatan, tetapi juga satu pekerjaan yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat.  

Sebenarnya jadi pengawal keselamatan ni beri manfaat kepada orang. Tolong jagakan kawasan, bangunan dan sebagainya.

Dalam nada berseloroh, Zukie juga menyatakan bahawa dia lebih rela melakukan pekerjaan ini daripada menjadi content creator yang mencetuskan kontroversi.  

Daripada jadi content creator tapi memalukan negara, lebih baik abang jadi pengawal keselamatan dik. Lagi bagus, tak ada orang hilang. Jadi content creator, orang hilang.

@zukiemohamad769

Hidup Ini Keras Dik ….

♬ very beautiful background music(1442222) – MaxRecStudio

Perkongsian Zukie mendapat perhatian ramai, dengan rata-rata netizen memuji sikapnya yang tidak memilih kerja dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencari rezeki halal.

Malah tidak kurang juga ada yang terhibur melihat perkongsian Zukie yang didakwa memerli sekumpulan content creator Malaysia yang mencetuskan kontroversi membabitkan ‘orang hilang’ di hutan Indonesia, baru-baru.