“Duda hot, lelaki bujang, dah boleh masuk line” – Cik Epal umum dah habis idah
“Duda hot, lelaki bujang, dah boleh masuk line” – Cik Epal umum dah habis idah.
Pempengaruh sensasi, Cik Epal umum habis idah dan menyatakan dirinya kini bukan lagi isteri kepada sesiapa selepas sah bercerai dengan usahawan, Jofliam.
Menerusi hantaran di Instagram, Cik Epal memaklumkan yang dirinya kini sudah kembali solo dan sempat berseloroh mengatakan pengumuman yang dibuat seperti pernah dinyatakan seseorang sebelum ini.
Dalam pada itu, Cik Epal turut menitipkan pesanan kepada orang-orang kenamaan, duda ataupun lelaki yang masih bukang untuk mencuba nasib berkenalan dengannya memandangkan dia bukan isteri sesiapa lagi.
“Buat Dato’, Dato’ Sri, Tan Sri, duda hot, lelaki bujang, asalkan helok dan single, dah boleh masuk line. Hahahaha,” tulisnya.
Dia juga menyatakan dengan ringkas tidak menggemari suami orang selepas bercerai dengan Jofliam memandangkan punca perpisahan ada kaitan dengan orang ketiga.
Susulan dari perkongsian tersebut, ramai netizen di ruangan Instagramnya terhibur dengan kapsyen yang ditinggalkan Cik Epal.
Masing-masing memberikan kata-kata semangat kepada pempengaruh tersebut untuk memulakan kehidupan baru serta memberi saranan agar dia pergi menunaikan umrah ataupun ‘makan angin’ supaya dapat menenangkan diri.
Sebelum ini, Cik Epal telah menyatakan yang dirinya sah bercerai talak satu dengan Jofliam selepas pelbagai kontroversi melibatkan mereka tular di media sosial.
Berita tentang keretakan rumah tangga mereka didedahkan sendiri oleh bekas suami di Instagram sehingga akhirnya nama seorang wanita dikenali sebagai Dewi turut terkait sama.
Kemuncaknya sudah tentu ketika beg tangan milik Cik Epal digunakan sesuka hati oleh Dewi dengan alasan telah diberikan oleh Jofliam sehingga pempengaruh tersebut membuat laporan polis.