Chong Yee Fatt sedia pikul amanat Perak FC

Chong Yee Fatt sedia pikul amanat Perak FC

JURULATIH baru Perak FC, Chong Yee Fatt, mengakui terkejut dengan pelantikan pada saat-saat akhir untuk mengemudi skuad Perak.

Dia mengakui pelantikannya bermula daripada saranan Mehmet Durakovic sendiri, Yee Fatt bertekad legasi jurulatih dari Australia itu akan diteruskan musim ini.

“Saya sendiri tidak menyangka, selama ini saya anggap Perak okay tapi saya sedia sahut (cabaran ini),” katanya dalam wawancara maya bersama wakil Astro Arena, Fina Nasrom, semalam.

Membawa pasukan yang memiliki kredibiliti tersendiri tatkala sepak mula Liga Super hanya akan bermula kurang dua minggu dari sekarang, ia umpama tugasan berat buat Yee Fatt.

Bagaimanapun, dengan keyakinan yang diberikan Durakovic, Yee Fatt tidak rela kepercayaan itu hanya bersifat sementara.

Malah, bekas pengarah teknikal Kuala Lumpur United ini mahu membalas kepercayaan yang diberikan apabila mahu memastikan sekurang kurangnya satu piala mampu dibawa ke Perak musim ini.

Tambahnya, dia hanya bersama dengan pemain sejak dua hari lalu.

Sumber Facebook peraktbgmy

 

Dengan keupayaan dan semangat yang ditonjolkan pemain, Yee Fatt yakin pilihannya untuk berada di Ipoh adalah sesuatu yang tepat.

“Mereka memenangi Piala Malaysia (2018) selain menduduki empat teratas sejak 2-3 tahun lalu.

“Pasukan yakin dengan keputusan (dibuat) dan saya juga gembira dengan tindak balas mereka,” katanya.

Sementara itu, The Bos Gaurus mengumumkan logo baru semalam yang direka oleh anak jati negeri berkenaan, Hafiz Ismail, yang mengetepikan sembilan lagi pencabar lagi. – AA

Sumber Facebook peraktbgmy