Mampu lariskan jualan & dapat kerja, masyarakat di China kini fokus pelajari Bahasa Melayu
Mampu lariskan jualan & dapat kerja, masyarakat di China kini fokus pelajari Bahasa Melayu
Dengan jalinan hubungan Malaysia dan China yang kian erat, ia telah membuka ruang kepada rakyat Malaysia ke negara tersebut dengan lebih mudah pada saban tahun.
Pedagang di sebuah pasar yang bertempat di Beijing, China kini menggunakan taktik istimewa dalam usaha menarik pelancong Malaysia untuk memgunjungi kedai jualan masing-masing.
Memetik Bernama, di dalam kesibukan pasar Pearl, wartawan berjaya mengesan suara dua wanita di sebuah kedai menggunakan bahasa Melayu yang sedang melakukan promosi.
“Mari adik, mari kakak, barang murah tapi berkualiti”, pekiknya kepada pengunjung.
Difahamkan adik beradik yang dikenali sebagai Fatimah Liu dan Aisha sememangnya berjaya mencuri perhatian pelancong Malaysia yang mana majoritinya datang melangkah terus ke kedai mereka.
Fatimah dan Aisha, menjalankan perusahaan menjual barangan rumah seperti cadar dan alas meja, berkongsi bahawa mereka yang berupaya berbahasa Melayu bukan sahaja boleh memudahkan urusan perniagaan malahan turut boleh membina hubungan yang lebih erat dengan individu dari negara Malaysia.
“Urus niaga menjadi lebih mudah dan menguntungkan kerana pelanggan juga tertarik apabila mendengar peniaga asing berbahasa Melayu.
“Sebab itu saya sentiasa menggalakkan peniaga di sini mempelajari bahasa Melayu dan bukannya menumpukan perhatian kepada bahasa Inggeris semata-mata.
“Jika belajar bahasa Melayu boleh membawa kita perniagaan yang menguntungkan, mengapa tidak mempelajarinya?” kata Fatima.
Aisha berkongsi yang mereka mula mempelajari bahasa Melayu secara tidak formal kira-kira 15 tahun lalu apabila kedai mereka sering menerima pelanggan dari Malaysia.
“Saya bermula dengan mempelajari satu persatu perkataan, yang akhirnya membentuk satu ayat. Lama kelamaan, saya menjadi lebih lancar. Sebagai contoh, hari ini saya belajar perkataan makan (makan), esok cuci (basuh), kemudian wangi (wangi), dan akhirnya, saya dapat membentuk ayat yang lengkap,” kongsinya.
Tambahnya lagi, pada mulanya dia turut mengalami kesukaran namun ia bertambah baik dari semasa ke semasa. Dia juga berpendapat dengan kemahiran berbahasa Melayu sangat membantu di dalam bisnes.
Selain itu, kelebihan yang dia sedari juga dengan kebolehan bertutur dalam bahasa Melayu membenarkan dirinya membina hubungan dengan ejen di Malaysia dan Indonesia sekaligus mengembangkan potensi perniagaannya.
Selain untuk perniagaan, seorang pelajar yang dikenali sebagai Wu Keyi turut mendedahkan kemahiran bertutur Bahasa Melayu juga memudahkan dia menerima jawatan pengurus di sebuah syarikat logistik di Shenzen.
“Saya bertuah kerana belajar bahasa Melayu. Apabila majikan saya mendapati saya boleh bertutur dalam bahasa itu, mereka segera menawarkan saya pekerjaan itu. Syarikat itu sedang mencari untuk mengembangkan pasarannya ke Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura.
“Disebabkan itu, mereka memerlukan pekerja yang mahir berbahasa Melayu. Lebih-lebih lagi pelajar seperti saya
“(yang boleh berbahasa Melayu), juga sangat mengenali budaya dan gaya hidup Malaysia, yang memberikan saya kelebihan daya saing,” katanya.