“Bayar tax ini memang sampai mati wei” – Che Ta bayar RM50,000 cukai LHDN

“Bayar tax ini memang sampai mati wei” – Che Ta bayar RM50,000 cukai LHDN

 

“Bayar tax ini memang sampai mati wei” – Che Ta bayar RM50,000 cukai LHDN

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan berkongsi sudah selesai membayar cukai RM50,000 dipercayai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkongsi perkara berkenaan menerusi Instagram Story (IGs), hari ini.

“Selesai pergi sudah tahun lepas punya. Bayar cukai ini memang sampai mati. #LHDN,” tulisnya.

Sebelum ini, Rozita dipercayai sudah menjelaskan hutang Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM550,000 daripada hampir RM1 juta yang tertunggak.

Rozita muat naik hantaran selesai membayar cukai RM50,000 dipercayai kepada LHDN. - Foto IG Rozita Che Wan

Ia berdasarkan tangkap layar perbualan pelakon berusia 51 tahun itu bersama anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, 10, menerusi aplikasi WhatsApp.

Pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor diserbu MARA bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Rozita dilapor masih belum tampil bertemu MARA untuk berbincang mengenai penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat syarikat miliknya, RCW Worldwide Sdn Bhd.

Susulan itu, bahagian undang-undang MARA dilapor dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy yang gagal membayar pinjaman.

Pada 24 Disember lalu, acara lelongan awam membabitkan 34 barangan milik Rozita dengan jumlah keseluruhan bernilai RM902,012.46 sepatutnya diadakan, namun ditangguh atas permohonan pelakon Kiah Pekasam itu.