“Aku cari sampai lubang cacing” – Anak dihina berpakaian seperti pelacur, Che buat laporan polis

“Aku cari sampai lubang cacing” – Anak dihina berpakaian seperti pelacur, Che buat laporan polis

 

Selebriti terkenal, Che Ta buat laporan polis susulan tindakan satu akaun media sosial yang menghina anak perempuannya hanya disebabkan penampilan dalam berpakaian.

Dalam posting Che Ta atau nama sebenarnya, Rozita Che Wan, 51 dia telah hadir ke Balai Polis Kota Damansara bagi membuat laporan berhubung hinaan yang diterima.

Ujar Che Ta, dia enggan banyak ‘berbunyi’ dan akan serahkan segalanya kepda pihak berkuasa bagi menyelesaikan tindakan kurang ajar yang dibuat akaun tersebut.

Dia juga menyatakan tidak menjadi masalah baginya jika akaun media sosial individu berkenaan sudah lesap kerana dia akan mencarinya sehingga ke lubang cacing.

“Tak ada masalah! Aku akan cari sampai lubang cacing. 

“Silap besarlah hang cari pasal dengan aku,” tulisnya.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon, Zain Saidin berkenaan turut memuat naik gambar sedang berada di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuat aduan tentang pembulian siber yang diterima olehnya serta Aaisyah.

Che Ta buat laporan polis

Terdahulu, Che Ta menzahirkan rasa marah apabila terdapat satu akaun TikTok yang menghina anaknya dengan menyamakan kanak-kanak tersebut seperti pelacur hanya disebabkan penampilannya.

Dalam pada itu, individu berkenaan juga mengatakan yang Aaisyah tidak layak untuk menerima hantaran tinggi dan terus-terusan melemparkan hinaan tanpa sebarang sebab.

Sekadar info, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada pasangan selebriti, Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

Selain dari kanak-kanak berusia 10 itu, Che Ta turut mempunyai dua orang cahaya mata lelaki yang kini sudah dewasa dari perkahwinan terdahulunya.