“Rupa macam Casper, kepala botak” – Lelaki kongsi kisah jumpa makhluk gergasi warna putih
“Rupa macam Casper, kepala botak” – Lelaki kongsi kisah jumpa makhluk gergasi warna putih
Sebelum ini, pelayar dan pempengaruh yang dikenali sebagai CEO Kapal menyorot perhatian ramai selepas berkongsi kisah pertemuannya dengan duyung ketika bekerja di laut.
Terbaharu, CEO Kapal berkongsi pula pengalamannya yang terserempak dengan satu makhluk gergasi berwarna putih ketika berlayar.
Makhluk warna putih tiba-tiba muncul depan kapal dan saya bersama seorang pegawai waktu itu terdiam dah macam kena pukau.
Putih dan tinggi dan membuatkan kapal saya sampai bergelora.
Apa benda itu? Wallahualam sebab waktu itu malam.
Bercerita lanjut, CEO Kapal mendedahkan rupa bentuk makhluk gergasi itu seakan-akan karakter kartun yang terkenal menerusi filem ‘Casper’ yang diterbitkan pada tahun 1995.
Makhluk itu tinggi daripada kapal. Dia bangun dan toleh ke belakang (arah kapal) sebelum dia tenggelamkan balik diri dia.
Tapi dia tenggelam perlahan-lahan dan tak kacau kami.
Bentuk dia macam ‘Casper’, kepala botak, berwarna putih dan tangan dia macam pendayung.
@ceokapal3.0 CASPER GERGASI DI TENGAH LAUT YANG LUAS…NI SAYA XCERITA LAGI #pelautmalaysia #pelautpunyacerita #pelautindonesia #sea #ship #malaysia #kualalumpur #sabahancrew_fams #borneo #marine #ceokapal #1minit1soalan #anker #hantu #laut
Perkongsian tersebut telah menyorot perhatian netizen yang berteka-teki akan makhluk gergasi yang dijumpai pempengaruh tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen beranggapan CEO Kapal terserempak dengan makhluk bernama ningen yang merupakan kisah mitos dari negara Jepun.