“Boyfriend minta gambar, jangan bagi” – Video pesanan CEO Batu tular semula

“Boyfriend minta gambar, jangan bagi” – Video pesanan CEO Batu tular semula
Ketika nama pempengaruh, CEO Batu hangat diperkatakan susulan dakwaan menghantar gambar tidak senonoh kepada remaja berusia 14 tahun, tular semula sebuah video yang memaparkan lelaki itu sedang memberi nasihat kepada peminatnya.
Menerusi video dimuat naik @demirakyatchannel, CEO Batu dilihat menitipkan pesan kepada peminatnya untuk tidak bercinta selagi belum menghabiskan persekolahan.
Malah, CEO Batu turut berpesan kepada mereka untuk tidak memberikan gambar jika diminta teman lelaki mereka.
Boyfriend minta gambar jangan bagi.
Jangan couple, dah habis sekolah nanti baru couple.
@demirakyatchannel Haa..ingat pesan CEO BATU. Budak-budak jangan memandai bagi gambar kat boyfriend. #ceobatu #parut #caprice #budak #bawahumur #boyfriend #isha #CapCut
♬ original sound – Demi Rakyat Channel – Demi Rakyat Channel
Terdahulu, personaliti media sosial, Caprice mendedahkan perbualan antara seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Isha dengan individu yang didakwa sebagai CEO Batu.
Difahamkan, perbualan antara mereka bermula apabila Isha menghubungi CEO Batu dan menyatakan hasratnya untuk menghasilkan kandungan TikTok bersama.
Namun, komunikasi tersebut bertukar menjadi insiden kurang menyenangkan apabila CEO Batu didakwa mengambil kesempatan dengan menghantar foto tidak senonoh kepada remaja terbabit.
Bagaimanapun, CEO Batu kemudian merayu agar ibu mangsa tidak melaporkan kepada pihak polis dan mengakui kesilapannya yang terlepas pandang akan gambar tersebut.
CEO Batu kemudiannya menyerah diri dan kini ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.