CCTV tunjuk 3 lelaki Pakistan dilanggar ‘kaki ganja’ pagi raya, netizen luah rasa geram

CCTV tunjuk 3 lelaki Pakistan dilanggar ‘kaki ganja’ pagi raya, netizen luah rasa geram

 

Orang ramai meluahkan marah dan geram dengan kejadian yang menimpa tiga lelaki Pakistan yang maut dilanggar pemandu positif ganja.

Malah kata mereka, tindakan pemandu terbabit yang memandu dibawah pengaruh dadah itu sangat tidak berperikemanusiaan dan perlu dikenakan tindakan tegas.

“Pagi-pagi ambil dadah pastu akibatnya tiga nyawa terkorban. Memang patut ko kena bantai (pukul) macam tu. Sedih tengok kawan-kawan diorang semua apatah lagi ahli keluarga,”tulis @deadsy_11.

“Orang lain pagi raya sunat makan dulu. Dia pula bantai dadah. Kesian mak bapak kau penat-penat ajar kau jadi orang berguna tapi kau pilih jadi sampah masyarakat,”kata @KhirSyahrin.

Selain itu, netizen turut mendoakan agar kesemua mangsa yang meninggal dunia cucuri rahmat.

“Semoga Allahyarham mendapat husnul khotimah, menamatkan ramadhan, menemui Allah dengan diri yang bersih,”ujar @wrongrocker.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tiga lelaki warga Pakistan yang dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor, jam 8.10 pagi semalam.

Tiga lagi mangsa parah dan sedang dirawat di hospital.

Kesemua mereka adalah pekerja asing dengan permit sah di negara ini.

Pemandu adalah warga tempatan berusia 36 tahun dan punca kejadian akibat hilang kawalan sehingga merempuh enam pejalan kaki berkenaan.