Cara nak buat ‘garlic sauce’ yang sama sedap macam kedai Pak Arab

Setiap kali makan shawarma di kedai arab pasti akan minta sos bawang putih extra kerana rasanya sungguh sedap.
Sebenarnya sos bawang putih boleh dibuat sendiri di rumah dengan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja.
Untuk makluman, sos seakan-akan mayonis itu sebenarnya adalah sos bawang putih atau biasa disebut sebagai garlic sauce dalam dunia masakan.
Sos bawang putih atau nama dari tempat asal usulnya, Toum adalah bahan lazim dalam masakan dari Timur Tengah seperti shawarma, falafel dan lain-lain.
Bukan sahaja sesuai dipadankan dengan shawarma, sos ini juga sedap dicicah bersama ayam goreng, daging bakar dan lain-lain.
Ikuti resepi lengkap perkongsian Afiqah Hairi di bawah.
Sejak tahu buat sos bawang putih sendiri, saya dah tak beli mayonis. Peminat nasi Arab mesti tahu kesedapan sos ini. Resepi saya ini 99.99% sama macam sos garlic dekat kedai Arab.
Sedap dimakan dengan roti, ayam, nasi, shawarma. Lagi sedap dari mayonis.
Bahan-bahan:
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji telur
- 2 sudu besar cuka
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 cawan minyak jagung
Cara penyediaan:
1. Kisar semua bahan di atas dan masukkan sedikit demi sedikit minyak jagung.
2. Kisar sehingga dapat tekstur seperti mayonis.
Sedia untuk dihidangkan. Kalau nak buat lebih, boleh gandakan bahan-bahan di atas.
Simpan di dalam peti ais boleh tahan sehingga 3 bulan.
Mudah kan? Sos bawang putih sesuai dimakan bersama ayam goreng, kentang goreng, shawarma dan lain-lain.
Selamat mencuba!