Cantik tapi berbahaya, ini 4 aksesori kereta yang tidak digalakkan
Setiap orang tentunya berhasrat untuk mempunyai sebuah kereta. Sebagai pemilik kereta pasti setiap orang mempunyai keinginan untuk menambah aksesori sama ada dalaman ataupun luaran kereta.
Antara aksesori yang sering dan popular digayakan termasuklah ambient light, skirtingkereta, spoiler, gps holder dan banyak lagi.
Tidak dinafikan penambahan aksesori ini membuatkan kereta kelihatan ‘berseri’ namun, sesetengah individu terlepas pandang aspek keselamatan kerana dikaburi aksesori ini.
Menurut James di akaun TikTok @james_alatin, terdapat empat aksesori yang tidak digalakkan dipasang dalam kereta kerana berisiko membawa bahaya kepada pemandu.
Dummy Buckle
Seperti yang diketahui, kebanyakan kereta sekarang didatangkan dengan teknologi alat penggera keselamatan. Teknologi ini berfungsi sebagai peringatan kepada pemandu dan penumpang.
Namun sesetengah pemilik kereta gemar menggunakan aksesori dummy buckle sebagai alat penyah aktif penggera tali pinggang keledar.
Tanpa sedar, ia berisiko menyebabkan ciri keselamatan utama kenderaan tidak berfungsi dengan baik ketika kemalangan malah pemandu atau penumpang boleh terpelanting keluar.
Pelapik Dashboard
Menurut James, sebahagian pemilik kenderaan juga gemar meletakkan pelapik dashboardsebagai hiasan agar kereta lebih cerai. Namun, secara tidak sedar ia boleh menjadi pembunuh dalam senyap kerana berisiko menghalang beg udara daripada mengembang dengan baik.
Gantung Hiasan Pada Cermin Pandang Belakang
Seterusnya, hiasan pada cermin pandang belakang. Tentunya ramai juga yang gemar menggantung perhiasan atau peralatan pada cermin pandang belakang. Mengapa ia dianggap berbahaya?
Kadangkala, hiasan yang digantungkan seperti tali, cermin mata, keychain, boleh mengganggu fokus sewaktu memandu dan mengundang kemalangan jalan raya.
Pelapik Stereng
Tidak dinafikan stereng kereta lama kelamaan semakin kotor dan menggelupas lebih-lebih lagi yang menggunakan fabrik kulit. Disebabkan itu ramai yang berminat menggunakan pelapik stereng kereta.
Meskipun ia kelihatan cantik dan kemas dimata, tetapi ia juga berisiko berlaku kecemasan di mana kawalan stereng akan ‘lari’.
Oleh itu, James menasihatkan agar memilih pelapik stereng yang ketat dan tidak licin agar ia dapat mencengkam stereng dengan baik.
@james_alatin 4 Aksesori Trend Yang Tidak Digalakan #alatin #james_alatin #kereta #car #carmalaysia #education #cermin #cermingelap #tinted #tintedwindows #tiktokguru #steering #dashboard #rantai #patung #beltbuckle #seatbelt #diwali