“Bukan konten sensitif pun” – Imran Bard respon kenyataan Ellie Suriaty

“Bukan konten sensitif pun” – Imran Bard respon kenyataan Ellie Suriaty
Pempengaruh terkenal, Imran Bard tampil memberikan respon selepas pelakon, Ellie Suriaty meminta ibu bapanya untuk tampil berdepan dan membuat permohonan maaf kepada pelakon itu.
Menerusi perkongsian di TikTok, Imran yang kini berada di kampung halaman menjelaskan bahawa dia tidak dapat memenuhi permintaan Ellie kerana ibunya kini berada di hospital.
Tiba-tiba naik isu Ellie Suriaty nak mak bapak Imran Bard minta maaf. Sampai melibatkan ibu bapa.
Mak saya dalam wad, tak boleh nak minta maaf sebab tengah masuk air, banyak wayar, atas katil.
Jadi saya nak kena buat apa? Minta maaf mak cik.
Tambah pemilik nama Muhammad Al Imran Badaruddin ini, dia tidak menyangka ‘content’ yang dilakukannya itu akan menjadi satu isu besar seperti ini.
Jelas Imran, dia tidak menyentuh sebarang isu sensitif dan hanya melakukan ‘content’ berunsur gurauan.
Saya tak tahu pula isu ini jadi besar. Kepada mak cik Ellie Suriaty, janganlah fikir macam tu.
Saya bukan mention nama mak cik je, saya ‘mention’ nama mak cik lain juga, Fauziah Nawi, semua artis-artis veteran yang ada yang saya ‘adore’ saya masukkan ja lah dalam konten.
Bukan konten sensitif pun. Konten konon-konon jadi juri ja.
@imeringue2 ♬ original sound – Anaq Kiriman Heaven – Anaq Kiriman Heaven
Terdahulu, Ellie Suriaty atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar mengadakan satu sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan dihasilkan Imran pada petang Khamis.
Menurut Ellie, dia menganggap kandungan tersebut telah memperlekeh reputasi dibinanya lebih tiga dekad sebagai anak seni.
Ketika bertemu media, Ellie juga menuntut ibu bapa Imran Bard bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu.