“Orang doakan kau untuk dapat hidayah, bukan jadi Hidayah” – Damian Mikhail

“Orang doakan kau untuk dapat hidayah, bukan jadi Hidayah” – Damian Mikhail
Penyanyi dan komposer, Damian Mikhail menegur bekas peserta Malaysian Idol, Saiful selepas videonya terbaharunya tular kerana tampil dengan penampilan sebagai seorang wanita.
Menerusi laman Thread, Damian menegaskan bahawa orang ramai mendoakan agar Saiful untuk mendapat hidayah dan terus menukar diri daripada jantina asal.
“Orang doakan ko utk dapat Hidayah bukan utk ko terus jadi Hidayah. Nak pakai baju perempuan ke, nak pakai baju zirafah ke, Spiderman ke, itu kau buat diam2 antara kamu dan Allah.”
Berkenaan dengan kenyataan Saiful yang mengatakan dia tidak mahu jadi hipokrit, perkara itu ditepis oleh Damian.
“Hipokrit sebenar adalah apabila anda yang tak boleh terima anda dilahirkan sebagai lelaki tapi nak cuba jadi perempuan. Semoga kembalilah ke pangkal jalan.”
Sebelum ini, Saiful Bakeri ada tampil memberikan kenyataan berhubung dengan video tularnya itu, katanya, dia akui sudah lama memiliki naluri wanita sejak menyertai program realiti Malaysian Idol lagi.
“Biarlah saya berterus terang, sebelum saya sertai Malaysian Idol lagi, naluri saya memang dah lama macam ni. Saya tak mahu menjadi hipokrit dan menipu satu Malaysia, lambat laun orang akan tahu.”
“Lagipun saya tak kacau hidup orang lain dan paling penting saya pandai jaga diri sendiri.”
Jelas Saiful lagi, video yang kini sedang tular memperlihatkan dia menyanyikan lagu popular Ku Juga Mencintai Dirimu itu adalah video lama. Ketika itu, rakannya meminta dia menyanyikan lagu tersebut.