“Saya harap doa dari semua..” – Ditanya isu buka tudung, ini jawapan Nelydia Senrose
“Saya harap doa dari semua..” – Ditanya isu buka tudung, ini jawapan Nelydia Senrose
Lama mendiamkan diri susulan terpalit kontroversi kembali tidak berhijab, pelakon Nelydia Senrose akhirnya tampil bersuara mengenai isu berkenaan.
Menjawab mengenai perkara itu, Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 31, hanya meminta diberi ruang untuk menjadi manusia lebih baik.
“Macam saya pernah cakap sebelum ini, saya sedang mencuba dan tak akan berhenti mencuba menjadi manusia lebih baik.
“Saya tidak komen lanjut tentang itu, saya rasa itulah jawapan daripada saya,” katanya kepada mStar.
Nelydia berkongsi perkara itu ketika ditemui sesi fotografi promosi drama Seindah Hujan Cinta yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama pada Selasa.
Dalam pada itu, dia juga berharap peminat dapat mendoakan terbaik buat dirinya berhubung penampilan dirinya.
Malah ketika ditanya tentang pelbagai kritikan yang diterima, Nelydia memilih untuk tidak mengulas lanjut perkara itu.
“Jadi saya harapkan orang ramai supaya saya menjadi lebih baik, saya tahu doa-doa itu akan berbalik kepada diri mereka semula.
“Saya tak nak ulas lanjut mengenai perkara (penampilan) ini,” luahnya.
Sementara itu, Nelydia bakal membintangi drama Seindah Hujan Cinta selepas setahun tidak muncul di televisyen.
Nelydia berkata selain skrip yang menarik dia juga ingin melepaskan rasa rindu terhadap lakonan menerusi drama tersebut.
“Watak ini sangat berbeza dengan pernah saya bawa sebelum ini. Nak kata antagonis itu mungkin tetapi ada dark side.
“Drama menarik, bayaran setimpal dan saya juga rindu hendak berlakon,” luahnya.