Budak perempuan tujuh tahun maut jatuh tingkat 29 kondominium

Budak perempuan tujuh tahun maut jatuh tingkat 29 kondominium

 

Budak perempuan tujuh tahun maut jatuh tingkat 29 kondominium

Budak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Puchong, di sini, semalam.

Mangsa ketika kejadian berada di rumah pengasuh sebelum dia memanjat tingkap yang tidak berjeriji sebelum terjatuh ke lantai tingkat lima.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 12.30 tengah hari.

Anggota polis rondaan kemudian ke lokasi dan menemui mangsa dalam keadaan terlentang di lantai tingkat lima.

“Pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian mengesahkan kematian mangsa.

“Ketika kejadian ibu mangsa berada di rumah menjaga seorang lagi anak yang sedang kuarantin manakala bapanya bekerja.

“Siasatan mendapati mangsa memanjat tingkap yang tidak berjeriji sebelum terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengasuh terbabit sudah dirakam percakapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.