Budak genius masuk Universiti Malaya pada usia 12 tahun

Budak genius masuk Universiti Malaya pada usia 12 tahun

 

Seorang kanak-kanak mencatat sejarah apabila menjadi pelajar termuda pernah mendaftar masuk ke Universiti Malaya sejak penubuhannya pada tahun 1962.

Iz Emir yang mendaftar pada Sabtu, akan mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains dalam Matematik.

Berdasarkan perkongsian Fatimah Kari di Facebook, Iz Emir memasuki Tingkatan Satu di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia, seterusnya belajar O Level pada usia lapan tahun dan A Level pada usia 11 tahun.

Berdasarkan komen pengguna sosial, ramai berasa kagum dengan kebijaksanaan Iz Emir dan turut menyamakannya dengan Sheldon Lee Cooper, iaitu watak fiksyen dalam sitkom Amerika The Big Bang Theory.

Hafizulrahman Mazelin dalam komennya berkata, kanak-kanak pintar itu seperti Sheldon Cooper versi Melayu Muslim.

“Moga ALLAH berkati perjalanan adik mencari ilmu,” kata Rashidin Idris.

Jasni JassOmar pula berasa teruja dengan perkongsian itu.

“Wow berita hebat, pencapaian hebat dan sejarah yang hebat. Tahniah kepada adik ini,” katanya.