“Buat kelakar ke apa ni?” – Dakwa tak dapat dihubungi, Abby Abadi sindir kenyataan Norman Hakim
Pelakon Norman Hakim tampil meminta maaf secara terbuka di ruangan komen Instagram Abby Abadi mengakui segala kelemahannya.
Difahamkan, situasi tegang antara mereka tercetus apabila Abby Abadi ‘meletup’ menganggap Norman lepas tangan dengan isu yang melibatkan anak perempuan mereka, Marissa Dania.
Kata Norman, dia terpaksa menulis komen secara umum kerana tiada akses untuk menghubungi bekas isterinya itu.
Ini respon balas Abby Abadi;
Bekas anggota kumpulan Elite itu bertanya sama ada Norman cuba membuat lawak apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian.