“Buat-buat suci dalam debu”- Rita Rudaini ‘sindir’ Amin Idris?
Tampil memberi teguran, pelakon Rita Rudaini menyifatkan pengacara, Amin Idris sebagai seorang individu yang sering mendorong orang ramai untuk mengumpat. Rita yang menganggap Amin sebagai seorang ‘pengumpat’ yang berselindung di sebalik dakwah dan dalil.
Beri Dakwah Sambil Mengumpat?
Pelakon Rita Rudaini mengatakan hantaran yang dibuat oleh Amin itu seolah-olah mengajak orang ramai untuk mengumpat berbanding menyampaikan dakwahnya. Akuinya, dia meminta Amin untuk tidak menggunakan sebarang hadis sekiranya mahu mengumpat.
“Kalau nak tulis caption yang ‘nak memanggil orang untuk bertelagah dan mengumpat’ lebih baik fokus dekat itu sahaja. Tak payah disudahi dengan dalil atau dakwah. Nanti orang celaru macam saudara”, dedah Rita.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh Amin, dia mendedahkan bakal ada beberapa pihak yang cuba menipu dan melakukan perniagaan bagi mengeluarkan sijil digital vaksin. Amin juga berharap pihak authoriti menjadi lebih beramanah dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Selain itu, Rita juga mendedahkan dia tidak mahu memerli atau berselindung. Malah dia lebih menyukai untuk menyuarakan sesuatu perkara secara terbuka.
“Saya ni tak suka perli-perli macam awak. Kalau saya nak cakap, saya suka terus terang bukan macam awak nak ajak orang mengumpat tapi buat-buat suci dalam debu”, tulis Rita.
Sumber: Murai