“Boyfriend saya lagi ‘hot’ daripada suami dia, buat apa saya nak rampas” – Fathia Latiff

“Boyfriend saya lagi ‘hot’ daripada suami dia, buat apa saya nak rampas” – Fathia Latiff

 

Pelakon Fathia Latiff tidak berniat untuk merampas atau menghancurkan rumah tangga Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson ekoran mengeluarkan kenyataan yakin aktor itu masih mencintainya.

Jelas Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, dia sudah mempunyai teman lelaki dan kekasihnya itu lebih kacak berbanding Aiman.

Bagaimanapun Fathia tidak merancang untuk mendedahkan identiti atau wajah jejaka berkenaan.

“Bukan saya nak menghancurkan rumah tangga orang tapi boyfriend saya lagi ‘hot’ daripada suami dia (Zahirah).

“Jadi buat apa saya nak rampas,” katanya.

Fathia berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dibuat menerusi TikTok.

Sejak beberapa hari lalu, Fathia kembali menjadi perhatian ramai apabila dia kerap berkongsi secara terbuka kisah lama selain membandingkan dirinya dengan Zahirah.

Kenyataan dibuat Fathia menimbulkan kemarahan netizen selepas mengelarkan Zahirah sebagai wanita memiliki wajah seperti bibik atau pembantu rumah.

Ia semakin berlarutan apabila memuat naik gambar lama dia bersama Aiman Hakim dengan beranggapan bekas kekasihnya itu masih menyayanginya.

Pada satu hantaran berbeza dia turut memuat naik satu keratan lama akhbar temu bual Aiman yang bercakap tentang dirinya.

Bukan itu sahaja, perseteruan antara Fathia dan pelakon Zarina Anjoulie juga terbongkar apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan di media sosial.