‘Borhan Che Rahim’ dikecam hina pemain badminton Negara

‘Borhan Che Rahim’ dikecam hina pemain badminton Negara

 

Borhan Che Rahim yang semalam dalam postingnya menghina pemain Negara S. Kisona yang berjuang bermati-matian di atas gelanggang badminton merebut tempat ke perlawanan akhir Piala Sudirman di Finland.

Saya pun terkejut, kerana selalunya yang dituduh rasis adalah parti UMNO tetapi hari ini PPBM sendiri dilihat lebih racist daripada UMNO.

Beliau dikatakan memegang jawatan No 2 dalam PPBM Pasir Puteh dan walaupun kononnya mengaku salah dan bertanggungjawab memohon maaf saya kira nasi telah pun menjadi bubur.

Walaupun dalam beliau mempertahankan dirinya dan katanya ini bukan hal parti tapi sebagai orang yang memegang jawatan tinggi dalam PPBM Kelantan beliau seharusnya lebih peka dan berhati-hati.

Ini bukan kaum India dalam Kes Kuil Adib mahupun Kaum Cina dalam Kes Tokong tapi seorang Gadis India yang dikutuk hina itu telah bertarung atas nama Malaysia.

Pendek kata sumbangannya sungguh besar dalam keadaan itu melebihi sumbangan Borhan sebagai Timbalan Ketua PPBM di Kelantan.

Beliau meletak jawatan tertinggi PPBM sebagai Timbalan Ketua Bahagian sebagai “Peace Offering” atas keterlanjuran jarinya menghina pemain badminton Negara.

Perkara ini tidak akan selesai begitu sahaja kecuali Borhan Che Rahim sendiri meminta maaf secara peribadi dengan S.Kisona.

Kita baru sahaja selesai isu Tokong yang juga berakhir dengan permintaan maaf. Semoga peristiwa ini tidak menjangkit menjadi isu kaum yang kemudiannya semakin merebak membakar perpaduan kita yang telah dia tahun terkurung akibat Covid19.

Kita semuanya #KeluargaMalaysia dan peristiwa ini wajar menjadi pedoman kepada kita semua.

Hormati juga perjuangan bangsa lain dalam membantu membangunkan negara. Saya yakin kehidupan kita akan lebih baik lagi.

Sumber: Abdullah Pak Lah MY