“Bini tengah mengandung”, Usahawan terkenal dakwa suami ‘layan’ perempuan seksi di media sosial
Isteri sedang hamil, suami masih layan gambar perempuan seksi di Instagram?!
Usahawan jenama tempatan terkenal mendakwa suaminya tiada usaha untuk berubah meskipun sudah ditegur dan pernah bergaduh disebabkan perkara itu.
Menerusi luahan usahawan wanita itu di platform Instagram Story, dia mendakwa dan mendedahkan sudah empat tahun tidak mengikuti semula suaminya disebabkan lelaki itu ‘layan’ perempuan seksi di media sosial.
Menurut usahawan itu, dia terpaksa berbuat demikian bagi menjaga hati diri sendiri, namun ada kalanya ‘tertengok’ akaun Instagram suaminya.
“Benda ni dah lama dah. Lama sangat dah benda ni. Memang boleh perasan pun dia main Instagram untuk apa.
“Malam malam isteri dan anak-anak dah tidur pun dia akan main telefon, aku pun tak tahu scroll apa. Dah kalau following macam tu, scroll pun memang keluar benda-benda tu jelah,” dakwanya.
Dakwanya lagi, mereka juga pernah bergaduh dan kali terakhir pergaduhan itu berlaku sewaktu mengejarkan ibadah umrah.
Bagaimanapun, ia seakan tiada perubahan selain mempersoal peranannya sebagai seorang isteri di rumah di mata suami.
Dalam pada itu. usahawan wanita yang terkenal dengan pakaian dan tudung mengakui dirinya emosi kerana sedang hamil anak ketiga.
“Apa hukum dia eh kalau suami suka tengok perempuan lain seksi-seksi? Untuk apa sebenarnya?
“Pastu, isteri ni kau simpan kat rumah buat apa? Maaf, isteri sedang hamil, jadi aku memang psiko,”akuinya.
Pendedahan dan dakwaan itu dikongsikan oleh usahawan berkenaan selepas salah seorang pengikut di Instagram meninggalkan mesej langsung (DM).
Dakwa individu terbabit, suami usahawan tersebut merupakan seorang ‘scammer’ dan telah menipu ramai orang di Facebook.
Dakwanya lagi, lelaki itu juga banyak mengikuti wanita-wanita seksi di Instagram sebelum usahawan itu berkongsi tangkap layar.
Pendedahan usahawan wanita itu telah menjadi topik perbualan warganet di platform X (dulu dikenali Twitter) di mana mereka tidak menyangka rumah tangga yang disangka bahagia itu berdepan dengan masalah sedemikian.
Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan berbalas daripada suami usahawan berkenaan berhubung isu tular di media sosial.