“Dulu-dulu bila sesak, makan di pasar malam, sekarang bila sesak, makan di pasar raya”
![“Dulu-dulu bila sesak, makan di pasar malam, sekarang bila sesak, makan di pasar raya” “Dulu-dulu bila sesak, makan di pasar malam, sekarang bila sesak, makan di pasar raya”](https://beritaperak.com/wp-content/uploads/2025/02/bp-makan-pasar-raya-e1739095799428.jpg)
“Dulu-dulu bila sesak, makan di pasar malam, sekarang bila sesak, makan di pasar raya”
Memang tidak dinafikan, harga makanan di luar sana semakin mahal dan ramai berpendapat hampir mustahil untuk mendapatkan sesuatu pada harga bawah RM10 lagi.
Baru-baru ini, seorang netizen berkongsi tentang tawaran makanan yang cukup berbaloi buat mereka yang mempunyai sumber wang yang terhad.
Apa yang menariknya pelbagai aneka makanan yang dijual pada harga RM3.90 untuk nasi berlauk atau RM5 untuk burger di pasar raya terkemuka AEON.
Walaupun makanan-makanan ini dipercayai adalah hasil potongan selepas sudah melepasi tempoh pukul 8 malam, ia masih kelihatan segar dan menyelerakan.
Susulan itu, seorang netizen lain meluahkan rasa pelik apabila suatu ketika dahulu kita sedang sesak, pasti akan pergi ke pasar malam kerana harganya yang murah.
Kini keadaan bertukar pula apabila makanan yang ditawarkan di pasar raya tampak lebih mesra poket berbanding beli di pasar malam.
“Dulu2, bila sesak, makan di pasar malam. Sekarang, bila sesak, makan di pasar raya,” ciapnya.
Menjengah ke ruangan bebenang, para netizen turut mengiyakan kenyataan tersebut dan mendedahkan harga makanan di pasar malam boleh dikatakan tidak masuk akal.
“Sekarang pasar malam punya harga macam yahudi kena geletek,” kata netizen.
“Tak suka pasar malam. Paling kurang harga mesti RM5 seolah-olah itu lah harga yang paling murah. Bila orang tak beli, kata berkira. Memang kena kira masalahnya,” kata seorang netizen.
“Makanan pasar malam pulak yang jual harga T20 hahahaha makanan mall berebut jual harga rahmah,” ujar seorang lagi.
“Pasar malam kat KL mahal yang amat. Tu belum bazar Ramadhan lagi,” keluh seorang lagi.
Itu belum lagi bercakap hal kualiti dan penyediaan makanan yang rendah tetapi dicaj harga bak restoran pula.
Agak mengejutkan ada yang mendakwa peniaga yang menjual air balang jauh lebih mahal daripada makanan. Oleh itu, ramai yang berkata mereka lebih selesa masal di rumah atau pergi ke restoran yang tampil lebih berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.