“Hanya mahu bergurau” – Pendakwah hina peniaga teh depan khalayak mohon maaf
“Hanya mahu bergurau” – Pendakwah hina peniaga teh depan khalayak mohon maaf
Seorang pendakwah yang mencetuskan kontroversi berhubung dakwaan mengeluarkan ucapan kesat dan hinaan kepada seorang peniaga teh tampil memohon maaf.
Pendakwaah yang dikenali sebagai Miftah Maulana Habiburrahman menjelaskan bahawa beliau hanya mahu ‘bergurau’ ketika mengungkapkan perkataan itu kerana sudah terbiasa bersikap sedemikian.
“Saya Maulana Habiburrahman mahu menjelaskan tentang video yang tular hari ini, yang pertama dengan kerendahan hati, saya meminta maaf atas kekhilafan saya,” katanya menerusi satu hantaran pada Rabu.
Sebelum itu tular sebuah klip video berhubung dakwaan cercaan berkenaan.
Miftah Maulana atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah dalam klip itu kelihatan menghina peniaga teh yang kebetulan menjual air minumannya itu semasa pendakwah berkenaan berada di sebuah pentas dalam satu program.
“Air teh mu masih banyak tak? Masih? ya di sana jual, jual dulu, nanti kalau masih belum laku, ia sudah takdir,” demikian kata Miftah menerusi hantaran video yang tular tersebut.
Klip itu menerima pelbagai reaksi daripada warga Indonesia yang ternyata turut tersinggung dengan cercaan tersebut.
@clozhiw seorang penjual es teh dipermalukan oleh gus miftah di depan banyak orang, btw serius deh itu yang ketawa” tuh emang ada yg lucu kah? pdhl sakitt banget liat bapaknya digituin🥺 #gusmiftah #beritaterkini #beritaviral #foryoupage #fyp #fypã‚·ã‚šviral #fypage #xyzabc #4u
Bagaimanapun menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang seolah-olah masih belum terima dengan permohonan maaf tersebut kerana menganggap bergurau dengan menggelarkan seseorang dengan kata-kata yang agak kesat itu tidak sewajarnya dilakukan.
Bahkan ada juga yang mendedahkan bahawa kejadian Gus Miftah menggelarkan penjual teh ais g*blok dalam majlis ceramah itu bukanlah pertama kali, ada yang kongsikan video lain kejadian tersebut.
Sebelum ini, isu mengenai Gus Miftah ini telah mendapat perhatian Setiausaha Kabinet, Mejar Teddy Indra Wijaya yang telah menegurnya berkenaan hal itu dan pendakwah tersebut telah membuat permohonan maaf secara umum.
Sementara itu, peniaga teh itu kini mendapat pelbagai ‘rezeki’ di mana ada tawaran daripada pelbagai pihak yang mahu menaja dia untuk menunaikan umrah.