[Video] Lima individu termasuk wanita bergaduh ketika beli nombor ekor

[Video] Lima individu termasuk wanita bergaduh ketika beli nombor ekor

 

[Video] Lima individu termasuk wanita bergaduh ketika beli nombor ekor

Punca pergaduhan sekumpulan individu di sebuah kedai nombor ramalan di Taman Klang Utama di sini pada Sabtu adalah disebabkan kesesakan di dalam premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berkaitan insiden itu pada jam 5.47 petang, Sabtu.

“Siasatan pihak polis mendapati seramai lima individu termasuk seorang wanita warga tempatan telah bergaduh semasa membeli nombor ramalan di kedai tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

 

Vijaya Rao berkata, kesemua individu yang terlibat dalam pergaduhan itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan kekal tenang dan tidak memberikan sebarang komen yang negatif sehingga boleh mengganggu proses siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu boleh menghubungi IPD Klang Utara ditalian 03-32912222,” katanya.