Pasangan ini umum berpisah selepas cipta rekod bercium paling lama di dunia

Pasangan ini umum berpisah selepas cipta rekod bercium paling lama di dunia

 

Pasangan ini umum berpisah selepas cipta rekod bercium paling lama di dunia

Pasangan suami isteri ini pernah mencipta sejarah dengan mencatatkan rekod ciuman terpanjang di dunia.

Namun selepas bertahun-tahun dikenali sebagai simbol cinta sejati, Ekkachai Tiranarat dan Laksana kini mengumumkan perpisahan mereka.

Walaupun begitu, catatan yang dibuat pasangan dari Thailand ini dalam Guinness World Records selepas bercium selama 58 jam 35 minit pada 2013 masih belum dapat diatasi hingga ke hari ini.

Dalam temu bual bersama podcast BBC Sounds, Witness History, Ekkachai mendedahkan bahawa pengalaman itu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.

Katanya, mereka perlu terus bercium walaupun ke tandas dan berkongsi minuman dari mulut ke mulut.

Namun, Ekkachai mengakui bahawa dia tetap berbangga dengan pencapaian tersebut.

Pasangan ini pertama kali menang pada 2011 dengan rekod 46 jam 24 minit selepas mengalahkan peserta lain.

Mereka kembali bertanding pada 2013 untuk menuntut semula gelaran yang dirampas tahun sebelumnya dengan hadiah lebih lumayan, termasuk wang tunai dan cincin berlian.

Guinness World Records kemudiannya membatalkan kategori ini atas faktor keselamatan, menjadikan Ekkachai dan Laksana pemegang rekod dunia yang kekal hingga kini.

Walaupun hubungan mereka sudah berakhir, Ekkachai tetap dikenali dan dihormati kerana pencapaian luar biasa itu.

Peringatan buat umat Islam, bercium adalah dilarang untuk pasangan kekasih.

Bagi suami isteri pula, mereka perlu mengelakkan diri daripada bercumbu di tempat awam.

Perbuatan tersebut tidak mencerminkan akhlak seorang Muslim dan bertentangan dengan adab yang kita amalkan.