Lelaki bahagia ada kekasih rupanya disihir, selama ini bercinta dengan wanita tua

Lelaki bahagia ada kekasih rupanya disihir, selama ini bercinta dengan wanita tua

 

Lelaki bahagia ada kekasih rupanya disihir, selama ini bercinta dengan wanita tua

Gara-gara terlalu mengikut hawa nafsu, ada sebahagian daripada kita sanggup menggunakan sihir walaupun ia bertentangan dengan agama!

Rupa paras kadang kala menjadi punca yang mendorong seseorang itu sehingga sanggup berdamping dengan perkara khurafat.

Itu yang terjadi kepada seorang lelaki apabila disihir teman wanitanya yang dikenali di media sosial.

“Aku ikuti dia, komen dan kemudian mula mesej hingga ke WhatsApp. Akhirnya, aku mula keluar makan dengan dia.

“Sejujurnya, aku sejenis yang baran dan akan melenting kalau orang buat salah tapi dengan dia baran aku hilang tiba-tiba,” katanya.

Lelaki itu memaklumkan selepas beberapa bulan, wanita itu kerap mengajaknya ke rumah untuk menikmati makanan yang dimasak olehnya.

Namun, hubungan yang terjalin bagaikan tidak disukai oleh rakan-rakannya yang beranggapan dia bercinta dengan wanita tua.

“Kawan-kawan aku tengok muka perempuan ni agak menakutkan macam nenek tua dengan rambut kembang tapi dekat mata aku normal

“Mereka selalu cakap dengan aku yang mereka tak berapa suka dengan si perempuan ni tetapi aku masih buat bodoh,” katanya.

Hinggalah berlaku satu kejadian barulah lelaki itu sedar yang dia terkena sihir.

“Satu hari aku baru je beli air kosong dan minum macam biasa, kemudian aku letak atas meja. Aku nak minum balik tiba-tiba ada seorang kawan cakap jangan minum.

“Kawan aku yang tegur ni dia agak special sebab dia boleh kesan dan tahu benda-benda syirik,” katanya.

Tambahnya, rakannya kemudian menunjukkan sesuatu di dalam air berkenaan dan kemudian bahagian belakang badannya kerap sakit.

“Dia cadangkan untuk aku pergi berubat sebelum terkena dekat keluarga aku. Sampai la satu malam tu aku minta tolong seorang ustaz datang ke rumah untuk rawat.

“Ya malam tu sangatlah penat dan lemau badan. Sebab apa? Aku muntah tak henti-henti hingga keluar darah,” katanya.

Katanya, menurut pengamal perubatan itu individu yang melakukan perbuatan syirik itu adalah orang terdekat yang kerap memberi makanan kepadanya.

“Ustaz tu tahu je siapa tapi dia tak cakap terus kat aku. Selepas berubat beberapa kali aku nampak kelibat hitam perempuan.

“Sejak situ aku mula tahu siapa yang hantar. Moralnya jangan sesekali makan apa yang orang bagi. Hanya yang pernah disihir sahaja tahu sakitnya,” katanya.