“Bayar sampai RM800” – Lelaki baiki motosikal di bengkel warga asing tapi makin rosak

“Bayar sampai RM800” – Lelaki baiki motosikal di bengkel warga asing tapi makin rosak

 

“Bayar sampai RM800” – Lelaki baiki motosikal di bengkel warga asing tapi makin rosak

Baiki motosikal, tetapi makin rosak. Itu nasib malang yang dialami seorang lelaki selepas menghantar motosikalnya di sebuah bengkel di Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di TikTok oleh @mieyfikrihilmi96, dia mendakwa telah menghantar motosikal jenis Yamaha Y15 ke bengkel terbabit selepas mengalami kerosakan hampir seminggu.

Katanya, bengkel terbabit telah mengenakan caj RM800, namun keadaan motornya semakin teruk.

“Elakkan datang baiki motosikal anda semua di salah sebuah bengkel, saya baiki motor di sini, semakin rosak dibuatnya,” dakwanya.

@mieyfikrihilmi96

#fyp TOLONG VIRALKAN untuk keselamatan org2, takut nanty korang terkene mcm aku. Dh 1 minggu lebih x cari rezeki motor rosak lagi.

♬ bunyi asal – Abe PANDA – Abe PANDA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai orang memberi pandangan kepada video yang dimuat naik oleh lelaki tersebut.

“Kedai-kedai motor di kawasan tersebut sudah tidak boleh dipercayai abang kerana mereka tidak baiki mengikut cara yang betul,” komen @blacklover.

“Banyak bengkel motor di kawasan tersebut dikendalikan oleh pekerja warga asing iaitu dari negara Pakistan, mereka ini biasanya tidak mempunyai asas dalam membaiki motor secara terperinci,” balas @encik.apyz.