“Benda ni kecil tapi..” – Enjin rasa berat & minyak macam air, mungkin ini puncanya

“Benda ni kecil tapi..” – Enjin rasa berat & minyak macam air, mungkin ini puncanya

 

“Benda ni kecil tapi..” – Enjin rasa berat & minyak macam air, mungkin ini puncanya

Kereta merupakan salah satu ciptaan teknologi paling penting dalam sejarah moden yang telah merevolusikan cara manusia bergerak dan berhubung.

Sejak penciptaannya, kenderaan ini bukan sahaja memudahkan perjalanan jarak jauh, malah turut menjadi simbol kemajuan ekonomi dan sosial.

Hari ini, kereta hadir dalam pelbagai bentuk dan teknologi yang lebih canggih berbanding teknologi dahulu.

Selain rupa luaran yang kian menarik dan elegen, komponen dalaman enjin kereta memainkan peranan yang sangat penting.

Sekiranya salah satu komponen tidak berfungsi dengan betul, ia boleh menjejaskan pemanduan kereta.

Sebagai contoh, benda kecil ini, sensor oxygen, yang boleh memberikan impak besar walaupun hanya bersaiz kecil.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian pengguna Facebook Max RoCo di bawah.

Benda ni kecil je tapi penting. Nama dia sensor oxygen. Kalau dia rosak, boleh buat enjin minum minyak macam air. Tapi bila dia elok, enjin pun steady, jimat minyak, asap pun bersih je. Sensor ni kerja dia check oksigen dalam asap ekzos, pastu dia bagi signal dekat otak kereta nak adjust minyak dan udara. 

Kalau sensor ni mula meragam, kereta mula buat perangai. Tiba-tiba makan minyak macam V8, pickup lemau, asap keluar macam lori balak. Kadang-kadang lampu Check Engine terus menyala, tanda dia tengah merajuk. Jangan biar lama, nanti makin parah. 

Nak jaga sensor ni tak susah pun. Guna minyak berkualiti, jangan isi minyak cap ayam. Jaga servis, tukar filter ikut masa. Elakkan jalan berhabuk atau jem teruk hari-hari, sebab semua tu boleh lekat habuk kat sensor. 

Kalau ekzos bocor pun boleh kacau sensor ni. Jadi jaga ekzos elok-elok. Bila sensor ni sihat, kereta pun rasa ringan, enjin lancar, minyak pun jimat. Poket selamat, alam sekitar pun terjaga. Sensor kecil, fungsi besar, jangan pandang remeh.