“Budak-budak zaman sekarang” – Wanita beli beg sekolah LV RM20k untuk anak cetus pelbagai reaksi

“Budak-budak zaman sekarang” – Wanita beli beg sekolah LV RM20k untuk anak cetus pelbagai reaksi

 

“Budak-budak zaman sekarang” – Wanita beli beg sekolah LV RM20k untuk anak cetus pelbagai reaksi

“Zaman kita dulu mana ada macam ni, budak-budak sekarang nak yang mahal-mahal. Kita dulu pakai jenama Swan yang boleh tarik je,” ujar seorang wanita melalui satu video yang tular di media sosial ketika ini.

Menerusi klip itu, seorang wanita tiga orang anak memuat naik video tersebut ketika sedang berbelanja di sebuah pasar raya terkemuka tempatan bertanyakan mengenai beg sekolah anak-anaknya.

Seorang daripada tiga anak wanita tersebut berkata, dia mahukan beg sekolah berjenama LV dan wanita tersebut sanggup membelinya.

Dengan memilih beberapa warna, beg jenama terkemuka dunia itu dianggarkan berharga RM20,000 sebuah.

“Kalau tak dapat semua A belajar nanti ibu bagi hadiah penumbuk.

“Zaman kita tak ada macam ni, sekarang budak-budak semua nak yang mahal-mahal,” ujar wanita tersebut sambil berbual dengan rakannya di butik mewah tersebut.

@farhanazahra91

Beg sekolah anak uols harga berapa? Kena kerja keras lagi ni, sebab zaman sekarang xde da harga mcm zaman kita dulu 😭😭#farhanazahra91 #cikna #farhanazahra

♬ original sound – Farhana Zahra – Farhana Zahra

Orang ramai menyifatkan ibu tersebut adalah cerminan kepada anaknya dan ada juga menegur tidak perlu layan semua permintaan anak-anak walaupun kita sayang mereka.

“Tak salah beli barang mahal sebab ibu dia mampu, tapi tak boleh selalu ajar anak macam tu. Lemak dia nanti,” kata Farah Nadia.

“Aku nampak mak budak ni lebih kepada nak menunjuk, terpulang pada niat dia lah. Kalau sayang anak tak perlu kot beli mahal-mahal macam tu,” kata salah seorang pengguna Facebook.