“Isteri enggan tidur bersama, alasan geli” – Bekas suami Farisha Irwayu dedah punca cerai

“Isteri enggan tidur bersama, alasan geli” – Bekas suami Farisha Irwayu dedah punca cerai
Berita perceraian bertalak satu yang didedahkan pelakon era 1990-an Farisha Irwayu dengan suaminya Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar agak mengejutkan kerana mereka seolah-olah hidup bahagia tanpa sebarang tanda-tanda berlaku keretakan rumah tangga.
Di sebalik kisah duka itu, kebahagian dikecap hanya usia setahun perkahwinan.
Baki lagi enam tahun perjalanan hidup suami isteri ini ibarat duri yang tertanam dalam hati.
“Saya tidur di hall (ruang tamu). Saya tidak dilayan dengan baik sebagai seorang suami,” ungkap Tuan Asmawi memulakan bicara.
Ujar pengasas program Imam Muda terbitan Astro Oasis ini, mereka juga sudah lama berpisah bilik iaitu sejak kira-kira enam tahun kerana si isteri enggan tidur bersama, dengan alasan geli.
“Setiap kali balik rumah dia kunci pintu biliknya kerana tidak benarkan saya masuk,” dedahnya secara eksklusif kepada mStar
Malah soal makan, minun dan pakaian, semuanya diuruskan sendiri oleh suami.
“Mana suami dalam dunia ni tahan kalau layanan isteri macam tu? Nak pergi kerja pun, saya gosok baju sendiri. Makan minum pun tak disiapkan.
“Tapi saya bersabar dan tak mahu ceraikan dia sebab kasihan, bukan sebab sayang.
“Akhirnya dia sendiri yang minta cerai ‘fast track’. Semua berkaitan cerai, dia yang uruskan. Saya ni ustaz, takkan saya senang-senang nak ceraikan isteri,” luahnya.
Jelas Tuan Asmawi, dia mengelak untuk mendedahkan kisah rumah tangganya itu kerana mahu menjaga aib masing-masing namun terkejut apabila bekas isteri melanggar janji.
Katanya, selepas bercerai dan keluar dari mahkamah, Farisha meminta agar kisah perceraian mereka tidak dihebohkan kepada pihak media.
Namun sebaliknya, Farisha mendedahkan perkara itu melalui laman sosial pada Rabu termasuk menuduh isteri baharu Tuan Asmawi yang dinikahinya lebih setahun lalu sebagai penyondol.
Dia juga telah menasihati Farisha agar menurunkan hantaran berkaitan rumah tangga mereka namun menuduh Tuan Asmawi mahukan limelight (mahukan popular) dengan kisah penceraian itu.
Atas sebab itu, dia terpaksa menceritakan kisah sebenar kerana ramai pihak bertanya-tanya mengenai penceraian mereka.
“Tak baik panggil orang penyondol. Kalau nak ikut, dia (bekas isteri) pun penyondol juga sebab semasa kami berkahwin saya masih lagi ada isteri.
“Saya pun tak nak cerita aib rumah tangga, tapi sebab dia mulakan dulu dan mungkir janji saya terpaksa dedahkan hal sebenar agar orang ramai tidak salah sangka,” tambahnya.
Jelas Tuan Asmawi lagi, perasaan kecewa terhadap isteri dipendam sudah sekian lama apabila Farisha sering mengelak untuk pulang ke kampung halamannya di Terengganu, atas alasan tidak selesa dengan persekitaran desa.
Ketika sakit dan mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) selama beberapa hari pada April lalu, Farisha juga tidak datang menjenguk dan menjaganya.
“Saya empat kali masuk hospital, hampir nak mati sebab jantung tapi dia sekali pun tak datang tengok,” katanya.
Ujar Tuan Asmawi lagi, sepanjang perkahwinan mereka, dia tidak pernah sekalipun menjentik bekas isterinya itu apatah lagi mahu meninggikan suara.
Segala nafkah wang ringgit diberikan mengikut masa tanpa gagal.
“Setiap hujung bulan, dia dah minta duit. Semuanya saya bagi. Tapi sedihnya, dia pula pernah panggil saya ‘bangsat’. Saya ada simpan voice note dia tu.
“Saya anggap tujuan dia berkahwin dengan saya kerana perlukan nafkah bulanan untuk membayar bil-bil utiliti dan barang keperluan harian,” katanya.
Tambahan Tuan Asmawi, dia mengesyaki Farisha sudah lama menyimpan hasrat untuk berpisah kerana bekas isterinya itu tidak berkongsi foto mereka bedua termasuk unfollow dia di media sosial.
Sebelum menutup bicara, Tuan Asmawi berpesan agar Farisha tidak melakukan perkara serupa jika dia kembali bertemu jodoh lain.
“Saya nak pesan, kalau dia kahwin lain, jangan buat pada laki dia macam dia buat dekat saya. Dia tahulah tu apa dia buat,” tegur Tuan Asmawi.
Untuk rekod, Farisha atau nama sebenarnya Norayu Ghazali pernah gagal dalam perkahwinan beberapa kali sebelum berkahwin Tuan Asmwai pada 2017.
Tuan Asmawi juga merupakan pelakon dan antara karya lakonannya ialah Keringat Ayah, Lorong Hidup, Malam 7 Likur dan banyak lagi.
Suaranya juga sering digunakan sebagai suara latar program tertentu termasuklah bacaan doa selepas azan di RTM serta pengumuman keselamatan dalam pesawat Qatar Airways.