Berjubah & bertudung serba hitam, bekas isteri Keith Foo peluk agama Islam
Berjubah & bertudung serba hitam, bekas isteri Keith Foo peluk agama Islam
Bekas isteri Keith Foo peluk Islam pada 24 Oktober lalu di Markas Al-Khadeem, Kampung Sungai Kayu, di sini.
Difahamkan, Kim Raymond diislamkan oleh pendakwah terkenal , Datuk Sheikh Hussain Yee yang juga Presiden Al-Khadeem.
Menerusi hantaran tular dimuat naik New Muslims Community di Instagram, bekas isteri kepada pelakon Keith Foo itu kelihatan manis dalam busana serba hitam dan lengkap memakai tudung.
“Alhamdulillah, dengan hidayah daripada Allah SWT, Kim Amal Raymond dari Malaysia memeluk Islam di Al-Khaadem pada 24 Oktober lalu.
“Ramai ahli keluarga dan rakan-rakannya hadir untuk menyaksikan majlis yang penuh barakah,” katanya.
Dalam pada itu, komuniti tersebut memohon orang ramai mendoakan urusan saudara baru dalam mendalami Islam dipermudahkan.
“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan menjadikannya seorang muslim yang soleh serta beramal, amin.
“Terima kasih kepada penaja Kit Muslim Baru kami yang indah oleh @zaahara.group untuk membantu saudara baru kami memulakan perjalanan mereka,” ujarnya.
Sekadar info, Kim pernah mendirikan rumah tangga dengan Keith pada November 2015. Bagaimanapun, hubungan mereka tidak kekal lama dan disahkan bercerai pada Disember 2019.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar Raymond pada Mei 2017.