“Baru kahwin 3 bulan dah kena belasah” – Bekas isteri dedah Jay Iswazir pernah minta gugurkan kandungan
“Baru kahwin 3 bulan dah kena belasah” – Bekas isteri dedah Jay Iswazir pernah minta gugurkan kandungan
Bekas isteri dedah Jay Iswazir pernah minta gugurkan kandungan dengan alasan tidak mampu sewaktu masih lagi berada dalam perkahwinan.
Menerusi perkongsian yang dibuat Azzahra Ahmad, dia memaklumkan yang bekas suami memaksa untuk menggugurkan kandungan yang merupakan anaknya sendiri.
Jelas wanita itu, dia sudah tidak mampu lagi menahan sabar dan nekad mendedahkan perkara itu memandangkan cukup menderita sepanjang dua tahun berumah tangga.
“Ada ke suami tergamak paksa isteri gugurkan anak sendiri? Jantan tak guna macam kau je yang sanggup lakukan isteri kau macam tu.
“Sepatutnya lama dah kau kena berkas tapi sebab aku ada ehsan lagi nak jaga nama kau takut periuk nasi kau tertutup aku tak buat report polis atau kau Ahmad Iswazir,” tulisnya.
Tambah Azzahra lagi, karakter yang pelakon itu tampilkan merupakan watak sebenar dirinya di alam nyata kerana dia sebagai isteri menghadapi hal tersebut saban hari sepanjang dua tahun berkahwin.
Bekas isteri dedah Jay Iswazir sedang mencari ‘mangsa’ baru walaupun ketika ini bekas isteri masih algi dalam tempih idah selepas sah bercerai dengan pelakon terbabit.
“Depan kawan-kawan kau tunjukkan diri kau seorang yang kelakar happy go lucky tapi yang menghadap baran kau psiko kau dekat rumah adalah aku,”
“Sekarang dikala aku masih dalam idah ni kau masih ada hati nak cari mangsa baru,” dedahnya.
Susulan daripada itu, Azzahra meminta supaya mana-mana wanita untuk tidak menjadi mangsa seterusnya kerana sebelum ini bekas kekasih-kekasih pelakon itu pernah bercakap hal sama sehinggakan dia sebagai isteri turut mengalami nasib sama.
Bekas isteri dedah Jay Iswazir menjadi punca dia perlu mendapatkan bantuan dari unit psikologi kaunseling di hospital apabila berkongsi borang perkhidmatan psikologi kaunseling yang tertera isu keganasan rumah tangga menjadi punca hal tersebut terjadi.
Perkongsian tersebut pastinya mengejutkan ramai lebih-lebih lagi baru sahaja berita tentang bekas peragawati yang memaklumkan sudah hampir 20 tahun menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Kebanyakan kenalan dan netizen memberikan kata-kata semangat kepada Azzahra serta meminta dia mengambil tindakan undang-undang kepada pelakon terbabit.
Terdahulu, Azzahra telah memaklumkan yang perkahwinannya dengan Jay Iswazir telah terlerai pada Oktober lalu dan sudah tidak sanggup meneruskan hubungan tersebut.
Sekadar info, Jay Iswazir atau nama sebenarnya, Ahmad Iswazir Ismail telah mendirikan rumah tangga dengan Azzahra Ahmad pada April 2022 selepas sebulan bertunang pada tahun yang sama.