Bekas isteri DDNK diam bersebab, akan dedah segalanya di mahkamah

Bekas isteri DDNK diam bersebab, akan dedah segalanya di mahkamah

 

Menerima takdir rumah tangga yang dibina selama 20 tahun hancur dalam sekelip mata dan melihat bekas suami bernikah lagi sememangnya bukan sesuatu yang mudah.

Namun, sejak kebelakangan ini, nama Hasmawatie atau dikenali sebagai Atielia De Sams telah menjadi sebutan dan dilihat kuat kerana hanya mendiamkan diri seusai mengucapkan tahniah kepada bekas suami serta isteri barunya sewaktu majlis perkahwinan yang gilang-gemilang tempoh hari.

Ada hint2 lain ke ni?

Menjengah ke laman Facebooknya, wanita kuat itu hanya menulis beberapa ‘hint’ dan mengatakan yang dia akan mendedahkan segalanya di mahkamah kelak memandangkan sijil cerai masih belum dikeluarkan oleh pejabat agama.

Akan dedahkan di mahkamah

Baru sah bercerai pada Ogos lalu

Sebelum ini, bekas isteri kepada pakar pelaburan saham terkenal tersebut ada memuat naik gambarnya bersama peguam di hadapan mahkamah syariah sekitar pertengahan Ogos yang lalu.

Walaupun mengakui ralat dengan apa yang jadi kerana perhubungan yang sudah memasuki usia 22 tahun bukan tempoh waktu yang baru, namun dia merasakan trauma serta bebanan yang harus dilalui terlepas sudah.

Kebenaran pasti akan mendahului

Menurutnya, kebenaran pasti akan ada untuknya dan dia berserah segalanya kepada Allah S.W.T.

Terdahulu, video bekas suami dan isteri barunya di Instagram Caprice telah menuai pelbagai maklum balas daripada netizen susulan wanita berusia 25 tahun itu berasa sedih dituduh sebagai perampas.

Dalam pada masa yang sama pakar pelaburan saham itu meminta agar netizen berhenti mengecam isterinya dan meminta untuk diberi peluang memandangkan dia muda lagi dan masih bergelar pelajar.