Lapan bulan gaji tertunggak, bekas bintang bola sepak kini cari rezeki berniaga air balang

Lapan bulan gaji tertunggak, bekas bintang bola sepak kini cari rezeki berniaga air balang

 

Lapan bulan gaji tertunggak, bekas bintang bola sepak kini cari rezeki berniaga air balang

Bekas pemain bolasepak pasukan Sri Pahang FC, Mohammad Gopi Rizqi, 36, mencuri tumpuan ramai apabila usahanya menyara kehidupan keluarga dengan berniaga air balang sempena Ramadan tahun ini menarik perhatian ramai di Kampung Api-Api dekat sini.

Gopi yang berasal dari Kuantan Pahang pernah bermain bersama Pahang dari 2010 hingga 2015, diikuti Selangor 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2017 – 2018, Melaka United 2018, Polis Di raja Malaysia (PDRM) 2019 dan Pahang 2020.

Selain itu, ketika bersama Pahang selama tujuh musim, Gopi yang nama asalnya, R Gopinathan, pernah berjaya merangkul dua kali Piala Malaysia dan satu gelaran Piala FA.

Gopi yang ditemui di gerainya, berkata dia tidak menyangka gambarnya sedang berniaga air balang tular di media sosial.

“Alhamdulillah, jualan air balang perisa jagung dan mata kucing serta kuih muih laris dijual dan pada masa sama mereka mengambil kesempatan bergambar bersama saya.

“Jualan ini diusahakan hasil muafakat bersama isteri, Nor Hidayah Roslan, 38, lantaran gaji bermain bola sepak bersama sebuah pasukan tertunggak selama lapan bulan,” katanya yang memeluk Islam sejak lima tahun lalu.

Bapa kepada dua anak berusia dua dan lima tahun itu mengakui, dalam situasi kini beliau perlu berusaha gigih demi memenuhi keperluan keluarga.

Dia memegang Lesen Kejurulatihan ‘D’ sedia berkongsi pengalaman dengan pelajar di daerah ini jika diberi peluang sebagai jurulatih.

“Namun dalam pada masa sama, saya berhasrat memperkembangkan jualan sedia ada, sebagai punca utama rezeki menampung keperluan keluarga,” katanya.

@sinarharianonline

Lapan bulan gaji tertunggak, bintang bola sepak Gopi Rizki niaga air balang Bekas pemain Sri Pahang FC, Mohammad Gopi Rizqi, 36 tahun mencuri tumpuan apabila dia kini menjual air balang sempena Ramadan di Kampung Api-Api, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin. Gopi, yang berasal dari Kuantan, Pahang sebelum ini pernah bermain dalam saingan Liga M bersama Pahang dari 2010-2015, diikuti Selangor (2016), Johor Darul Ta’zim (JDT) (2017-2018), Melaka United (2018), PDRM (2019) dan Pahang (2020). Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #Ramadan #AirBalang #gajitertunggak #GopiRizki

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian