“Jangan cepat menilai, ada orang ambil ‘barang’ sebab nak lepaskan tekanan” – Tony Eusoff

“Jangan cepat menilai, ada orang ambil ‘barang’ sebab nak lepaskan tekanan” – Tony Eusoff

 

“Jangan cepat menilai, ada orang ambil ‘barang’ sebab nak lepaskan tekanan” – Tony Eusoff

Pelakon Tony Eusoff, 48, menyifatkan pengalaman di penjara selama lapan bulan di Singapura pada 2016 akibat penyalahgunaan dadah sebagai perkara paling bodoh pernah dilakukan dalam hidupnya.

“Sebagai anak, tiada lebih menyedihkan dan menyakitkan apabila melihat orang tua menangis disebabkan kebodohan saya.

“Saya tidak salahkan orang lain kerana itu adalah kenakalan dan kebodohan saya sendiri.

“Ketika ditahan, saya bukannya muda. Saya sudah berusia 38 tahun dan sepatutnya saya sudah boleh berfikir baik dan buruk.

“Itu adalah benda paling teruk yang pernah saya lakukan. Saya rasa sangat bersalah kepada mak, lebih lagi, melihatnya menangis ketika memeluk saya buat kali terakhir sebelum berlepas pulang ke tanah air,” katanya yang ditemui ditemui pada majlis sidang media drama Din Tiger terbitan Unifi TV.

Selepas selesai menjalani hukuman, Tony mengakui perasaannya bercampur baur mahu berdepan masyarakat.

“Ada menyangka saya dianiaya, tapi ia adalah kesalahan dan kenakalan saya. Tiada siapa saya boleh salahkan.

“Jadi, saya terima keputusan dipenjara dan menganggap hukuman penjara sebagai membayar hutang atas kesilapan dilakukan.

“Bila hampir tarikh keluar, perasaan saya resah dan gembira bila memikirkan penerimaan orang.

“Tapi, ada individu yang tidak kenali datang dan beri kata-kata semangat. Orang Malaysia mudah menyayangi dan memaafkan,” katanya.

Walaupun menyedari perbuatannya salah, namun Tony menasihatkan orang ramai tidak mudah menghakimi kehidupan seseorang tanpa mengetahui cerita sebenar.

“Jangan cepat menilai, tunggu sehingga kes selesai, mungkin mereka terdesak.

“Kita tak tahu apa masalah mereka, ada orang ambil ‘barang’ sebab nak lepaskan tekanan. Lain manusia lain cabaran hidup, jadi serahkan kepada undang-undang,” katanya.

Pada April 2016, Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara kepada Tony kerana memiliki dadah terkawal kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.