“Barang mahal sebab you tak ada duit” – Kata-kata motivasi dari usahawan ini cetus pelbagai reaksi

“Barang mahal sebab you tak ada duit” – Kata-kata motivasi dari usahawan ini cetus pelbagai reaksi

 

Setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk membeli barang yang diidamkan.

Namun, terkadang harga barang tersebut terlalu mahal dan keadaan kewangan kita tidak mengizinkan untuk berbelanja di luar keperluan.

Selain itu, situasi ekonomi negara juga boleh menjadi faktor harga barang naik.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki berpendapat bahawa harga barang mahal bukan semata-mata disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa, tetapi lebih kepada fakta bahawa kita tidak mempunyai wang atau simpanan yang mencukupi.

Secara automatik, kita cenderung menganggap harga barang yang dijual itu mahal.

“Sebab you tak ada duit. Bila you ada duit, semuanya (barang) menjadi murah.

“Barang mahal disebabkan you tak ada duit. You ada duit, semua barang menjadi murah. Tak ada barang yang dikatakan mahal. You tak ada duit, you rasa mahal.

“You ada duit, you rasa (barang) itu murah la. RM1,000? Murahlah. RM10,000 murahlah, RM100,000 murahlah, RM1 juta? Murahhh! Kan? Sebab you ada? RM100 juta (dalam simpanan). Keluar duit sikit saja, okay settle (pembayaran). Kan?” jelasnya kepada salah seorang usahawan BE International yang mengajukan soalan.

 

Tinjauan di media sosial, penjelasan lelaki itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersetuju dan menganggap kata-katanya itu sebagai motivasi untuk bekerja lebih keras serta tidak kurang juga yang tidak bersetuju atas sebab-sebab tertentu.