Lelaki aktif derma sperma bakal jadi bapa kepada 100 anak

Lelaki aktif derma sperma bakal jadi bapa kepada 100 anak

 

Lelaki aktif derma sperma bakal jadi bapa kepada 100 anak

Penderma sperma Amerika Syarikat (AS) yang terkenal di dunia, mengimpikan memiliki 100 anak dari setiap negara.

Kyle Gordy kini berada di landasan untuk menjadi bapa kepada 100 anak di seluruh dunia, menjelang akhir tahun ini.

Sehingga kini, anak kelahiran Los Angeles itu menyediakan perkhidmatan menyediakan ‘benih’ secara percuma kepada wanita yang bergelut untuk memiliki zuriat, dan atas ‘sumbangannya’, 87 anak dilahirkan.

Menurut New York Post, Gordy menawarkan perkhidmatannya secara percuma melalui laman web ‘Be Pregnant Now’.

Dia menyertai kumpulan eksklusif empat orang untuk mencapai kejayaan memiliki 100 anak.

Menggelar dirinya sebagai ketua pegawai operasi (CEO) pendermaan sperma, Gordy berkata, dia berbangga membantu wanita yang menganggap membina keluarga adalah mustahil.

Dia kini berhasrat untuk mengatasi pengasas Telegram, Pavel Durov, yang dilaporkan mempunyai sekurang-kurangnya 100 anak kandung.

Walaupun Gordy tidak mempunyai sasaran tertentu, dia berikrar untuk terus menderma sperma sehingga perkhidmatannya tidak lagi diperlukan.

“Saya suka apabila saya dapat membantu semua wanita ini memulakan keluarga apabila mereka fikir ini tidak mungkin berlaku.

“Saya berusaha untuk meluaskan perkhidmatan ke negara baharu, termasuk Jepun, Ireland dan Korea yang masih belum saya pergi dapat pergi untuk menderma secara khusus.

“Siapa tahu? Saya mungkin mempunyai anak di setiap negara menjelang 2026,” katanya.

Bagaimanapun, Gordy mendakwa dia bergelut untuk mencari cinta sejati.

“Walaupun saya mempunyai beberapa wanita yang berminat menjalin hubungan, ia tidak pernah pergi lebih jauh.

“Saya tetap berharap, suatu hari nanti dapat jalin hubungan lebih bermakna.

“Saya tidak kisah isteri warga Ireland. Ibu kepada salah seorang anak saya berasal dari Dublin dan mereka sering melawat Ireland. Jadi sekurang-kurangnya saya tahu saya sudah mempunyai keluarga di sana,” katanya.