“Tak jaga langsung hati” – Banyak picit-memicit, madu geram suami cerita kemesraan dengan isteri pertama

“Tak jaga langsung hati” – Banyak picit-memicit, madu geram suami cerita kemesraan dengan isteri pertama
Lebih banyak makan hati daripada rasa diri yang ‘terpaling’ bertuah.
Begitulah nasib kebanyakan mereka yang bergelar bini muda, tidaklah semuanya manis dalam perkahwinan yang dibina.
Lebih-lebih lagi apabila suami mula berubah bersikap dan tak pandai mengambil hati isteri.
Berkongsi cerita, seorang wanita yang merupakan isteri kedua meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap suaminya yang suka bercerita tentang apa yang dilakukan bersama isteri pertama.
“Semasa memandu, tiba-tiba suami rasa pening kepala. Saya cakap berhenti dulu mana-mana untuk rehat.
“Kemudian suami cakap ‘Tak apa, sampai nanti nak minta akak (isteri pertama) picitkan kepala je‘. Saya dengar macam tu, saya tak suka,” luahnya di laman sosial.
Mengulas lanjut, katanya, setiap kali suaminya berkata seperti itu, dalam fikirannya akan membayangkan tentang kemesraan suami bersama isteri pertama.
Walaupun sudah berkali-kali berpesan supaya tidak berbuat demikian, tetapi suaminya sering berkongsi tentang perihal hubungan intim bersama madu.
“Dalam kepala ni mula membayangkan perkara-perkara ‘itu’ (hubungan intim). Lagipun selalu dah pesan pada suami tak perlu cakap pada saya perkara-perkara yang menuju kepada hal itu. Contoh ‘Abang dah tidur awal semalam, akak minta picit‘,” ujarnya.
Menurut wanita itu, dia kini berusia 30 tahun, manakala suami dan isteri pertama berumur 40-an.
“Jadi mungkin mereka banyak meluangkan masa bersama dengan picit-memicit kot,” katanya secara sinis.
Namun, dia menegaskan dirinya bukan menghalang segala aktiviti yang dilakukan suami bersama isteri pertama.
Sebaliknya, dia mahu dirinya sebagai isteri kedua dijaga dan dilayan dengan baik.
“Saya tak kisah tentang itu. Bagi saya, kami ada cara masing-masing untuk bermesra dengan suami.
“Tapi suami tak menjaga langsung hati saya,” luahnya yang terkilan tentang sikap suami yang kerap bercerita kemesraan bersama isteri pertama.
Sumber: mStar