Banyak kali kantoi buat ‘content’ bagi duit tapi menipu, individu dedah modus operandi Aisar Khaled

Banyak kali kantoi buat ‘content’ bagi duit tapi menipu, individu dedah modus operandi Aisar Khaled

 

Perkongsian seorang individu di Facebook semalam mencuri perhatian warganet termasuklah di platform Twitter selepas dia membongkarkan modus operandi digunakan oleh kebanyakan TikTokers.

Menerusi hantaran itu, individu terbabit mengambil contoh TikToker muda yang juga merupakan seorang trader dikenali ramai, Aisar Khaled.

Katanya, Aisar mempunyai satu modus operandi ‘memancing’ pengikutnya yang kebanyakannya golongan anak muda dan Melayu, mengatakan dia mahu memberikan hadiah istimewa seperti motor, kereta atau wang tunai.

aisar

Tambahnya, ramai sudah tertipu dengan video dengan content yang dimuat naik oleh Aisar sebelum ini dan pemuda itu juga dikatakan sering menipu pengikutnya.

Bagi yang tidak faham, ini contoh taktik digunakan ramai TikToker:

@rahmanchea

Tak sedap hati @Kanafly tgk kereta tak lepas2 lagi. #rahmanchea #kanafly

♬ original sound – Rahman Chea – Rahman Chea

Bagaimanapun, individu itu berkata hantaran asal dimuat naik olehnya telah dipadam oleh pihak Facebook dan mendakwa ia adalah angkara staf Aisar Khaled yang membuat laporan.

Namun, dia tidak berputus asa dan tetap memuat naik hantaran baru dan mengajak orang ramai untuk membuat laporan ‘fraud/scam’ ke atas video Aisar di TikTok.

Aisar Khaled ni aku boleh award kan dia influencer paling kencing dalam Malaysia. Dah banyak kali kantoi buat content bagi duit tapi menipu.

aisar khaled