George Town dahului bandar paling sesak di Malaysia, Kota Bharu juga tersenarai

George Town dahului bandar paling sesak di Malaysia, Kota Bharu juga tersenarai

 

George Town dahului bandar paling sesak di Malaysia, Kota Bharu juga tersenarai

Menurut laporan terbaru TomTom Traffic Index yang dikeluarkan oleh pengeluar peranti GPS terkenal, George Town, Pulau Pinang, telah dinamakan sebagai bandar paling sesak di Malaysia untuk tahun 2024.

Bandar ini mencatatkan purata memandu selama 26 minit dan 36 saat bagi setiap 10 kilometer, menjadikannya bukan sahaja paling teruk di Malaysia, tetapi juga berada di kedudukan ke-73 paling sesak di dunia.

Kota Bharu, Kelantan, turut membuat kejutan dengan berada di tempat kedua dalam senarai tersebut.

Pemandu di Kota Bharu menghabiskan purata 22 minit dan 30 saat untuk setiap 10 kilometer perjalanan, menjadikan bandar ini berada di kedudukan ke-139 di peringkat global.

Di tempat ketiga ialah Ipoh, Perak, yang mencatatkan purata sekitar 21 minit dan 48 saat bagi setiap 10 kilometer perjalanan.

Kuala Lumpur, yang sering dikritik kerana kesesakan lalu lintas, hanya berada di tempat kelima dalam senarai tersebut, dan menduduki tempat ke-285 secara global.

Laporan TomTom Traffic Index menganalisis data daripada 500 bandar di 62 negara untuk menghasilkan senarai ini.

Kajian ini mengambil kira masa perjalanan purata dan tahap kesesakan lalu lintas di kawasan bandar seluruh dunia.

Faktor statik seperti reka bentuk infrastruktur bandar dan rangkaian jalan utama mempunyai impak langsung ke atas keberkesanan perjalanan.

Faktor dinamik, seperti musim puncak trafik dan keadaan harian yang berubah-ubah, turut mempengaruhi tahap kesesakan.

Senarai 8 Bandar Paling Sesak di Malaysia (2024):

1. George Town, Pulau Pinang: 27 minit
2. Kota Bharu, Kelantan: 23 minit
3. Ipoh, Perak: 22 minit
4. Johor Bahru, Johor: 20 minit
5. Kuala Lumpur: 17 minit
6. Seberang Perai, Pulau Pinang: 15 minit
7. Klang, Selangor: 13 minit
8. Kajang, Selangor: 13 minit

Senarai ini menunjukkan bahawa bandar-bandar di Malaysia memerlukan perancang bandar yang lebih cekap dan penyelesaian bagi menangani cabaran kesesakan trafik di Malaysia.

Bandar-bandar utama perlu menilai semula sistem pengangkutan awam, reka bentuk jalan raya, dan pengurusan aliran trafik harian.