Bakal pengantin dipenjara, didakwa tolak tunang dari tingkat 2 setelah permintaan barang hantaran mahal ditolak
Seorang bakal pengantin warga Mesir dilaporkan telah ‘melemparkan’ tunangnya ke luar tingkap dari tingkat dua selepas perselisihan faham mengenai barang hantaran.
Menurut Gulf News, suspek bertindak demikian selepas mangsa meminta barangan yang mahal bagi tujuan tersebut.
Agensi keselamatan di Giza, Mesir dilaporkan telah menerima laporan seorang lelaki mengalami kecederaan patah tulang akibat jatuh daripada bangunan.
Mangsa dikatakan telah menuduh tunang dan ahli keluarga wanita berkenaan mencampaknya ke luar tingkap setelah dia tidak bersetuju dengan senarai barang hantaran yang dianggap mahal. Hal ini membuatkan bakal ipar-iparnya marah dan mencampak mangsa ke luar rumah, tulis Gulf News.
Susulan itu, pihak polis telah menahan suspek-suspek terlibat yang mengaku bertindak sedemikian. Mereka kini sedang berada di dalam tahanan bagi tujuan siasatan, lapor portal itu. – SK, Gulf News